KUALA LUMPUR: Semalam kecoh apabila satu video yang memaparkan seorang peniaga durian dikatakan meludah dalam pek plastik pembungkusan cetus kemarahan netizen.
Video Peniaga Durian Ludah Dalam Plastik Jadi Viral, Inilah Kenyataan Pihak Polis Berkenaan Isu Tersebut! |
ARTIKEL MENARIK:Ini Cerita Sebenar PENGANTIN MEMBERI MAKANAN PERCUMA Yang Menjadi Viral Di Media Sosial
"Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.
"Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," katanya.
Rakaman video itu viral petang semalam apabila kelihatan lelaki dipercayai pekerja gerai durian di Taman Sri Gombak didakwa seolah-olah meludah durian yang sedang dibungkus.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati, gerai berkenaan sudah tidak beroperasi, difahamkan disebabkan reaksi orang ramai yang marah selepas melihat rakaman itu.
Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.
"Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori," katanya.
Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan itu.
Difahamkan satu kenyataan media mengenai perkara ini akan dibuat hari ini. Apapun, kita nantikan penjelasan lebih lanjut dari pihak polis berkenaan isu ini.
Berikut dua buah video untuk tontonan semua. Video pertama yang menjadi viral semalam manakala video kedua memaparkan penduduk marah penjual tersebut.
Berikut dua buah video untuk tontonan semua. Video pertama yang menjadi viral semalam manakala video kedua memaparkan penduduk marah penjual tersebut.
Post a Comment