UNDANG PADAH Apabila Tindakan Warga Emas Rakam Adengan $eks Dengan Pembantu Rumah Kantoi!
UNDANG PADAH Apabila Tindakan Warga Emas Rakam Adengan $eks Dengan Pembantu Rumah Kantoi! |
SUBANG JAYA: Seorang warga emas yang berusia 69 tahun telah ditahan polis apabila tindakan jijiknya menjadikan pembantu rumah Indonesia sebagai hamba seks terbongkar.
Yang menjijikkan apabila suspek tergamak merakam adengan hubungan seks dengan mangsa dan disimpan dalam kad memori miliknya. Warga emas tersebut telah ditahan di rumahnya di USJ 2 di sini.
Mangsa yang merupakan pembantu rumah yang berusia 25 tahun dipercayai sudah bekerja dengan suspek sejak empat tahun yang lalu dan tinggal di dalam rumah tersebut bersama isteri suspek yang lumpuh serta seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya menahan suspek dan seorang anak perempuannya selepas dipercayai terbabit dengan kes memperdagangkan orang bagi tujuan eksploitasi.
Hasil siasatan seterusnya, anak perempuan suspek dibebaskan dengan jaminan polis bagaimanapun bapanya direman sehingga hari ini.
Seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia yang didapati bekerja dengan suspek sejak Ogos tahun 2012 ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah.
Beliau berkata, mangsa pernah menerima wang gaji sebanyak RM5,000 daripada suspek yang dihantar ke negara asalnya sekali sepanjang empat tahun bekerja.
“Mangsa dipercayai dijadikan hamba seks sejak empat tahun lalu, dia dihantar ke Kedutaan Indonesia sebelum ke rumah perlindungan saksi di Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Kes ini disiasat bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) 2007.
Post a Comment