Tanah Merah Pasir MAS : Ibu Terkejut Kemalangan Berhampiran Rumah Adalah Anak Sendiri
Tanah Merah Pasir MAS : Ibu Terkejut Kemalangan Berhampiran Rumah Adalah Anak Sendiri |
Ibu Terkejut Kemalangan Berhampiran Rumah Adalah Anak Sendiri
Seorang ibu, Zalina Ghani, 40, tidak menyangka bunyi dentuman kuat yang kedengaran berhampiran rumahnya awal pagi ini adalah kemalangan melibatkan anaknya sendiri.
Lebih menyedihkan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 2.4, Jalan Tanah Merah – Pasir Mas kira-kira pukul 1.15 pagi itu mengorbankan anaknya, Mohd. Alif Amani Mohd. Zafri, 20.
Selain Mohd. Alif Amani turut meninggal dunia dalam nahas itu ialah Muhammad Salihin Yasar, 17 dan Tan Hok Sun, 28, manakala tiga lagi mangsa cedera parah.
Zalina berkata, selepas mendengar bunyi dentuman itu, dia segera pergi ke tempat kejadian.
“Tiba di lokasi kemalangan saya terkejut melihat Mohd. Alif terbaring di jalan raya dalam keadaan berlumuran darah.
“Mohd. Alif Amani kemudian dikejarkan ke Hospital Tanah Merah sebelum disahkan meninggal dunia. Meskipun sedih dengan kejadian itu, namun saya reda kerana Allah lebih sayangkan dia,” katanya ketika ditemui di rumah di sini hari ini.
Zalina memberitahu, anak ketiga daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik namun sejak kebelakangan ini dia berubah menjadi pendiam.
“Saya ingatkan sikapnya sengaja dibuat-buat namun itu rupanya petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Honda Civic yang dinaiki Mohd. Alif Amani hilang kawalan ketika dalam perjalanan menuju ke Pasir Mas.
Menurutnya, kenderaan tersebut kemudiannya memasuki laluan bertentangan menyebabkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lagi mangsa menuju ke Tanah Merah melanggar bahagian kiri kereta itu.
Katanya, Hok Sun yang memandu kereta jenis Proton Wira itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
“Manakala Mohd. Alif Amani dan penumpangnya, Muhammad Salihin meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.
“Tiga lagi remaja perempuan yang merupakan penumpang kereta Honda Civic, Nurul Atika Abdullah, 17, Nurul Idayu Nasri, 18 dan Nor Asmira Mahadi, 21, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tanah Merah,’’ katanya.

Post a Comment