Susulan Isu Ingin Membeli Saham Rayani Air, Ini Komen “SEMPOI” Dato Vida Bikin Anda Tercengang!

Susulan Isu Ingin Membeli Saham Rayani Air, Ini Komen “SEMPOI” Dato Vida Bikin Anda Tercengang!

Susulan Isu Ingin Membeli Saham Rayani Air, Ini Komen “SEMPOI” Dato Vida Bikin Anda Tercengang!

Susulan Isu Ingin Membeli Saham Rayani Air, Ini Komen “SEMPOI” Dato Vida Bikin Anda Tercengang!

Susulan Isu Ingin Membeli Saham Rayani Air, Ini Komen “SEMPOI” Dato Vida Bikin Anda Tercengang!

PETALING JAYA: Susulan dakwaan ingin membeli saham Rayani Air, pengasas produk kecantikan Qu Puteh, …


PETALING JAYA: Susulan dakwaan ingin membeli saham Rayani Air, pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menegaskan beliau hanya mempertimbangkan untuk membeli saham Rayani Air tetapi enggan menanggung beban hutang syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Jelas Dr Vida, beliau merasakan tidak berbaloi untuk menyelesaikan beban hutang sedia ada kerana ia melibatkan sejumlah wang yang besar.


Malah Vida berpendapat masalah hutang yang membelenggu Rayani Air perlu diselesaikan pihak pengurusannya terlebih dahulu sebelum melepaskan pegangan saham kepada pihak lain.
“Jika saya nak ambil alih, saya kena mulakan dengan buku baharu, maksudnya syarikat tanpa hutang. Saya tak nak cuci pinggan yang dah kotor.
“Saya rasakan tidak berbaloi jika beli saham tapi pada masa sama perlu jelaskan hutang sedia ada.  Jadi pihak pengurusan Rayani Air perlu cari jalan untuk selesaikan masalah itu terlebih dahulu,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Namun, Vida berkata kata putus mengenai hasratnya itu hanya akan diketahui selepas hasil perbincangan antara kedua-dua pihak yang dijadualkan di ibu negara dalam masa terdekat.
“Saya masih belum buat sebarang keputusan, sekarang masih diperingkat pertimbangan lagi. Jika tawaran membawa faedah kepada kedua-dua pihak, mengapa saya nak tolak.
“Apa-apapun kita tunggu dan lihat hasil perbincangan itu nanti. Tarikh pertemuan akan saya maklumkan selepas pulang dari Sabah,” katanya.
Vida turut menjelaskan mengapa beliau berkeinginan untuk membeli saham tersebut adalah disebabkan beliau pernah bercita-cita untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri sejak lebih setahun yang lalu.
“Saya pernah berhasrat nak beli pesawat persendirian sebelum ini tapi bila fikirkan semula kosnya agak mahal dan macam tak berbaloi.
“Jadi bila pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan sahamnya, saya fikir mahu mengintai peluang. Namun kena tengok dululah apa yang mereka boleh tawarkan nanti,” katanya.
Semalam usahawan tersebut dilaporkan sedang mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air.
Menurut sumber Rayani Air, masih terlalu awal untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan pertemuan bersama pihak Vida masih belum dibuat.
“Ada banyak perkara yang perlu diteliti. Di pihak kami, sudah tentu perlu melihat tawaran Vida dan apakah pelan perniagaannya,” katanya.
Apapun, semoga pertemuan nanti akan berjalan dengan lancar dan semoga pihak Rayani Air dan Dr. Vida mencapai kata sepakat demi kepentingan syarikat penerbangan patuh syariah tersebut.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post