Setengah Jam Menjerit Kesakitan Sebelum Ajal

Setengah Jam Menjerit Kesakitan Sebelum Ajal

Setengah Jam Menjerit Kesakitan Sebelum Ajal

Setengah Jam Menjerit Kesakitan Sebelum Ajal

Setengah Jam Menjerit Kesakitan Sebelum Ajal

Setengah Jam Menjerit Kesakitan Sebelum Ajal|DUNGUN – “Dia merintih meminta tolong tapi saya tidak mampu menolong dan hanya menyuruhnya mengucap dua kalimah syahadah,”kata pemandu treler, Ibrahim Ahmad, 59 ketika cuba membantu meredakan kesakitan ditanggung Mohd Sharif Mat Saleh, 36 yang tersempit di di dalam lori dipandunya selepas terlibat nahas jalan raya di kilometer 373.5 Bukit Besi, Lebuhraya Pantai Timur Fasa II ( LPT2), di sini, awal pagi tadi.


ARTIKEL MENARIK: GEMPAR ! Ketua Polis Negara Akhirnya Dedah Punca SEBENAR Polis Pengiring Dr.M Ditarik Balik

Dalam kejadian kira -kira jam 5.30 itu, lori dipandu Mohd Syarif yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan dan merempuh treler dipandu Ibrahim yang berada di hadapannya.
Akibat rempuhan kuat menyebabkan kedua-dua lori itu melekat dan Mohd Syarif yang berasal dari Kubang Bakong, Kuala Terengganu tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kata Ibrabim, walaupun simpati dan sedih melihat keadaan mangsa yang tersepit merintih meminta tolong di tempat duduk pemandu tetapi dia tidak berdaya membantu.
12524160_237033216676424_5618515537285948008_n
“Saya menyuruhnya mengucap dua kalimah syahadah dan memintanya bersabar. Lama juga dia meminta tolong lebih dan merintih iaitu lebih kurang setengah jam sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Ketika peronda LPT sampai dia masih bernyawa dan masih meminta tolong tetapi tidak lama kemudian senyap serta ketika pasukan bomba tiba dia sudah meninggal dunia,”katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS), Jas Wari Awang@Muhamad berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
“Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.43 pagi dan bergegas ke lokasi. Seramai 9 pegawai dan anggota bomba di kejarkan ke lokasi menggunakan sebuah jentera bomba.
“Ketika tiba di lokasi seorang lelaki dewasa didapati tersepit dan sudah meninggal dunia. Agak sukar untuk mengeluarkan mangsa memandangkan kepala lori terperosok di belakang treler.
“Kita terpaksa memisahkan dua buah kenderaan itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan mangsa. Kerja-kerja menyelamat mangsa tersepit dijalankan dengan menggunakan peralatan rescue,”katanya.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke unit forensik untuk tindakan lanjut.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post