"Sebesar Biji Sawi Pun Kami Tak Akan Maafkan Siapa Yang Bunuh Ciku !"

"Sebesar Biji Sawi Pun Kami Tak Akan Maafkan Siapa Yang Bunuh Ciku !"

"Sebesar Biji Sawi Pun Kami Tak Akan Maafkan Siapa Yang Bunuh Ciku !"

"Sebesar Biji Sawi Pun Kami Tak Akan Maafkan Siapa Yang Bunuh Ciku !"

"Sebesar Biji Sawi Pun Kami Tak Akan Maafkan Siapa Yang Bunuh Ciku !"

Kami ada kebun rambutan dan bila musim buah, buahnya habis diserang/dicuri oleh kera. Jadi, abah buat keputusan untuk meminjam anjing taukey ayam untuk menjaga kebun.


Setiap pagi abah pergi bagi makan. Kerana jasa anjing itu, buah di kebun kami terjaga dengan baik. Mana tidaknya, nampak saja kelibat kera, disalaknya.

Masa anjing ini jaga kebun, dia ada anak kecil. Selepas dua bulan jaga kebun, abah pun lepas dan pulangkan balik pada taukey ayam. Masalah timbul apabila anjing ini nak pergi tetapi anak dia nak duduk di kebun. Jarak kebun ke rumah kami dalam 20 minit, jadi susah juga dan abah risau kalau terjadi apa-apa pada anak anjing itu. Abah dah cuba halau pun, dia tetap tak mahu pergi.

Akhirnya, abah ambil dan bawa balik, letak di luar rumah. Kami bela dia tetapi dirantai dengan rantai yang panjang. Comel kan? Kami bagi namanya Ciku.

Dia membesar dengan kucing, ayam dan burung peliharaan abah. Malah, makanan dia, mereka pakat-pakat berkongsi sekali, lagipun dia tak kisah. Kadang-kadang ada kucing saya pergi makan nasi dia dengan kepala ayam, siap tampar muka Ciku kalau Ciku kacau dia makan.

Dia jaga semua, dia juga tahu kalau ayam makcik saya datang, dia tak bagi masuk ke kawasan kami. Pernah dia terlepas, dia pusing dan jalan di sekeliling rumah, tetapi dia tak pijak simen. Anjing pun tahu kita tak boleh sentuh dia.

Rumah mak depan masjid, setiap kali azan, dia akan duduk senyap. Dia kenal kawan Syafiq, dia takkan menyalak kalau mereka datang ke rumah.

Abah baru saja berpindah selepas pencen. Jadi ada suara-suara sumbang di masjid sudah berbunyi.

"Baru pindah, dah bela anjing," kata mereka.

Tetapi abah buat bodoh saja. Kami bukannya duduk kampung, kami duduk di atas tanah kami sendiri sebesar 9 ekar.

Abah bela Ciku sampai besar, sementara itu saya di Kuala Lumpur, meneruskan hidup.

Satu hari, Cikgu jatuh, berbuih mulut. Abah panik dan kelam kabut, panggil Cina di pekan. Rupa-rupanya Ciku diracun orang. Abah menangis tengok mata Ciku yang hanya tengok abah. Dia mati di depan abah, abah sedih sangat. Abah kata tak mahu dah bela. Saya tahu orang masjid yang racun Ciku.

Abah bersedih untuk tempoh yang agak lama. Kami takkan maafkan walau sebesar biji sawi pun siapa yang melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini.

Kepada semua pencinta haiwan, anjing, kucing, burung, ayam dan sebagainya, mereka adalah sebahagian dari keluarga kita. Bunuh mereka, seksa mereka, bermakna anda juga membunuh dan menyeksa keluarga kami.

Ini gambar Ciku. Ciku meloncat bila nampak saya. Dia suka main acah-acah dengan saya. Sebab itu saya selalu merindui Ciku. Bila nampak anjing yang berwarna seperti ini, saya panggil mereka semua Ciku, rindu punya pasal.

Macam mana Ciku mati terseksa, macam itu jugalah Kak Fiza doakan orang yang menganiayaadik Kak Fiza, Ciku. - Fiza Saad


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post