Sampai Ke Sudah Tak Dapat "Tangan Baru", JANJI HANYA TINGGAL JANJI!

Sampai Ke Sudah Tak Dapat "Tangan Baru", JANJI HANYA TINGGAL JANJI!

Sampai Ke Sudah Tak Dapat "Tangan Baru", JANJI HANYA TINGGAL JANJI!

Sampai Ke Sudah Tak Dapat "Tangan Baru", JANJI HANYA TINGGAL JANJI!

Sampai Ke Sudah Tak Dapat "Tangan Baru", JANJI HANYA TINGGAL JANJI!

Sampai Ke Sudah Tak Dapat "Tangan Baru", JANJI HANYA TINGGAL JANJI!



Wallahi, tiada niat mahu menjatuhkan sesiapa, cuma mahu mencurahkan sesuatu yang terpendam selama ini. 

Amanda pernah dijanjikan dan kini janji hanya tinggal janji. Dulu, mereka ajak pergi Ipoh, Perak. Kata nak bagi tangan 3D yang guna bateri. 

(Amanda dah dapat sebelum itu, tangan mekanikal tetapi tak banyak yang boleh berfungsi)

Mereka siap panggil reporter tetapi sudahnya? Majlis tak bagi-bagi juga. Si kecil, Ainaa Amanda Shahzali, asyik bertanya tentang perkara itu. Maklumkan nak mencuba tangan baru yang lebih canggih. 

Waktu itu, muka Amanda dan Muqri penuh poster di booth mereka dibuat sebagai promosi. Sampai kini sudah bertahun-tahun tak nampak. Janji tinggal jani. Iyalah, tiada hitam putih, semuanya guna air liur saja. Tak apalah, hak orang. Kita nak buat macam mana? Cuma ralat sebab berjanji pada budak. 

1rl9uaW

Kami balik dari Ipoh dengan perasaan hampa. Sesen pun kami tak minta untuk duit perjalanan, walhal ada peruntukan di situ, ada sponsor dari orang. Kita ingatkan orang mahu menolong kita dengan ikhlas, tak perlulah nak berkira. 

Selepas itu, kawan Amanda pula, Muqri. Selepas sehari menunggu, dah setahun. Tangan yang dijanjikan pun tak nampak. Dunia oh dunia. 

Penderma pun terang-terang sudah membuat pembayaran pada mereka. Siap panggil pihak media siarkan di akhbar masing-masing. Hmmm, mungkin nak jadikan anak-anak istimewa ini sebagai stepping stone untuk dikenali. 

1rl9urc

Semoga yang mendermakan sumbangan berhati-hatilah selepas ini. Kasihan anak kami, populariti dan keistimewaan mereka digunakan orang untuk meraih nama. 

Siapalah kita untuk menidakkan rezeki Allah. Tetapi berhati-hatilah rezeki yang dapat itu. Apa ada perjanjian di sebaliknya? Apa ada hak orang di antaranya? Maafkan saya yang khilaf. - Ibu Ainaa Amanda Shahzali | PIXEL MEDIA

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post