Sambutan Hari Guru Bertukar Tragedi Apabila Seorang Guru Rebah Sehinggakan...MENGGEMPARKAN!

Sambutan Hari Guru Bertukar Tragedi Apabila Seorang Guru Rebah Sehinggakan...MENGGEMPARKAN!

Sambutan Hari Guru Bertukar Tragedi Apabila Seorang Guru Rebah Sehinggakan...MENGGEMPARKAN!

Sambutan Hari Guru Bertukar Tragedi Apabila Seorang Guru Rebah Sehinggakan...MENGGEMPARKAN!

Sambutan Hari Guru Bertukar Tragedi Apabila Seorang Guru Rebah Sehinggakan...MENGGEMPARKAN!

KARAK: Sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak bertukar tragedi apabila seorang guru meninggal dunia ketika menyanyi di hadapan pelajar-pelajar.


ARTIKEL MENARIK:UMAT ISLAM WAJIB AMBIL TAHU!!! Hukum Sambutan HARI IBU. Ini JAWAPAN Dr Maza Yang Buat Ramai Ustaz Terpaksa SETUJU !!! BIARLAH KITA DITEGUR DARI KITA LALAI...

Guru tersebut yang dikenali sebagai Norilhal Ali Ilhal sempat mendendangkan lagu Cinta Kristalsebelum rebah dan disahkan meninggal dunia apabila tiba di klinik berdekatan. 

Seorang guru di sekolah berkenaan yang enggan dikenali berkata, dirinya tidak menyangka Allahyarham pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya dan kehilangannya amat dirasai oleh guru-guru serta pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Menurutnya, persembahan itu merupakan nyanyian pertama dan terakhir dipersembahkan di khalayak ramai.
“Semalam saya melihat Cikgu Norilhal begitu gembira dan seronok menyambut Hari Guru. Paling saya tidak boleh lupa gelagat dirinya bermain dalam acara sukaneka.
“Paling mengejutkan apabila beliau menawarkan diri membuat persembahan penutup untuk menyanyi di hadapan murid-murid dan cikgu-cikgu yang lain kerana beliau tidak suka untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata lebih memilukan dan membuat dirinya berduka apabila lagu dinyanyikannya merupakan lagu kegemaran isterinya yang baru sahaja meninggal sebulan yang lalu.
“Arwah sangat menyayangi isterinya yang baru sahaja meninggal dunia sebulan yang lalu.
“Cikgu Norilhal merupakan seorang pendidik bangsa sejati kerana sangat mementingkan pendidikan dan bersungguh-sungguh dan tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mendidik murid-muridnya,” katanya.
Sementara itu, anak sulungnya, Mohamad Azizul Hakim Norilhal, 25, berkata, di dalam Facebook ayahnya, dia ada menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakannya .

Ditanya mengenai video ayahnya mendendangkan lagu sempena sambutan Hari Guru, beliau berkata, dia terkejut dan tidak menyangka ayahnya menyanyi di hadapan khalayak ramai.
“Ayah kalau disuruh menyanyi dia mesti tidak mahu menyanyi. Namun, saya tak sangka ayah menyanyi di hadapan khalayak dan menyanyikan lagu kegemaran ibu saya.
“Ayah terlalu rindukan ibu dan persembahannya itu merupakan luah rindu ayah kepada ibu dan sekarang ibu dan ayah telah meninggalkan kami enam beradik,” katanya sambil menitiskan air mata.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 9.30 malam pada Isnin lepas. Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. 

Sumber: Sinar Harian

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post