Punca Sebenar Kanak- Kanak Lelaki Dibogel Dan Dirantai Kaki Cetus Perhatian Netizen!

Punca Sebenar Kanak- Kanak Lelaki Dibogel Dan Dirantai Kaki Cetus Perhatian Netizen!

Punca Sebenar Kanak- Kanak Lelaki Dibogel Dan Dirantai Kaki Cetus Perhatian Netizen!

Punca Sebenar Kanak- Kanak Lelaki Dibogel Dan Dirantai Kaki Cetus Perhatian Netizen!

Punca Sebenar Kanak- Kanak Lelaki Dibogel Dan Dirantai Kaki Cetus Perhatian Netizen!

GEORGE TOWN: Gara-gara nakal, Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun telah dibogelkan dan dirantai di tangga blok flat yang didiaminya di Paya Terubong selama kira-kira lima jam oleh bapanya.


Malah, dia ditinggalkan di tangga berkenaan sendirian. Menurut seorang penduduk di rumah pangsa tersebut ternampak kanak-kanak lelaki itu di tangga apabila dia pulang ke rumah pada Sabtu malam.



Individu berkenaan sempat mengambil gambar serta video yang kemudiannya dimuat naik ke Facebook dan kemudian video tersebut menjadi viral.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paya Terubong, Frankie Kee berkata dia mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas gambar-gambar dan video menjadi viral.
"Saya melawat kanak-kanak itu setelah menerima berita berkenaan. Dia memberitahu saya bahawa dia telah dirantai sejak pukul 10 malam Sabtu hingga 3 pagi kerana berkelakuan nakal.
"Saya beri amaran kepada bapa kanak-kanak itu yang berusia lingkungan 40an. Pada mulanya dia enggan membuka pintu, namun saya memberitahunya bahawa apa yang dilakukannya adalah penderaan kanak-kanak.
"Saya diberitahu bahawa dia adalah bapa tunggal dan kanak-kanak itu satu-satunya anaknya.
"Dia juga mengaku atas kesilapannya dan berjanji tidak akan melakukannya lagi," katanya ketika dihubungi sambil menambah bahawa pemeriksaan ke atas kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang kecederaan yang boleh dilihat.
Kee berkata dia difahamkan oleh jiran bahawa ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini berlaku.
"Bapanya akan mengancam jiran-jiran jika mereka cuba untuk membantu kanak-kanak itu.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis melihat keadaan keluarga seperti itu.
"Tetapi saya telah memberikan nombor telefon saya kepada jiran-jiran dan memberitahu mereka supaya menghubungi saya jika perkara seperti ini berlaku lagi," katanya.



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post