PERGHHH....!! MEMANG HEBAT PEREMPUAN NI....Walaupun Gaji Besar, Beliau Amalkan Gaji Hidup Orang Bergaji RM1,600...Bujang Lagi..Elok buat Isteri.....
PERGHHH....!! MEMANG HEBAT PEREMPUAN NI....Walaupun Gaji Besar, Beliau Amalkan Gaji Hidup Orang Bergaji RM1,600...Bujang Lagi..Elok buat Isteri..... |
ARTIKEL MENARIK:Ini Cerita Sebenar PENGANTIN MEMBERI MAKANAN PERCUMA Yang Menjadi Viral Di Media Sosial
Seperti yang selalu orang katakan, tiada kejayaan yang datang bergolek. Semuanya memerlukan usaha, kecekalan dan ketabahan. Ikat perut tidak semestinya tidak makan. Maksud ikat perut adalah menahan diri dari pelbagai keinginan atau kehendak.
Salahkan kalau kita mengorbankan sementara kehendak, korbankan segala keinginan buat sementara waktu untuk memiliki sesuatu yang lebih baik di masa akan datang dengan lebih selesa?
Ramai orang kuala lumpur bergaji 'basic' hari ini, RM1,600. Ramai yang rasa gaji sebanyak itu tidak mencukupi. Bila gaji naik sampai ke RM3,000 pun masih rasa tidak mencukupi. Naik RM5,000 pun masih tidak cukup sehinggalah gaji mencecah RM10,000 pun tak pernah rasa cukup.
Gaji bukan menentukan kecukupan, yang penting berapakah simpanan kita untuk setiap bulan.
Apa yang beliau berjaya lakukan ialah mengekalkan gaya hidup orang yang bergaji RM1,600 walaupun gaji sudah naik dan mendapat komisen dari sales yang diperolehi serta kerja-kerja part time seperti menulis, event crew dan online admin management.
Simpan dahulu sehingga mencapai satu angka yang akan membuatkan anda selesa dan 'create character'. Selepas itu barulah memiliki kehendak yang anda mahukan selama ini. Pada waktu itu anda akan memilikinya dengan selesa, bukan lagi sebagai satu bebanan.
Dulu, dia juga merasa mustahil bila saya kata boleh bila saya mula buat review. Hari ini, beliau merasai sendiri kesannya yang sangat positif. Tiada apa yang mustahil bila kita berusaha dan cekal. Biarlah kita yang mengatur kewangan, bukannya kewangan yang menguasai dan mengawal hidup kita. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Saya nak kongsikan sikit beberapa perkara yang telah berjaya dicapai oleh beliau di usia 24 tahun agar dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai terutamanya golongan belia.
Beli kereta Perodua Myvi (Disewakan)
Pembiayaan ASB RM200K, Teknik Compounding (tak usik dividen).
Rumah Teresa Superlink baru 5 bilik dan 5 bilik air.
Simpanan yang besar setiap bulan. (Semua komisen, OT, income part time job yang disimpan. Beliau hanya menggunakan gaji basic untuk survive).
Beli kereta Subaru XV (Personal car).
Pembiayaan pengajian telah dilangsaikan.
Tidak mempunyai pinjaman peribadi.
Tidak pernah memiliki kad kredit.
Anda tidak mahu menjadi seperti beliau? Ubahlah diri anda sekarang. Tiada istilah terlambat jika kita nekad dan mahu memulakan perubahan.
Ini Syafieqah A'lya, masih bujang dan belum berpunya. Siapa yang nak buat menantu, bolehlah isi borang. Duit hantaran saya ambil 25%. - Khairul Ezuwan
Post a Comment