Maria Farida Kini Trauma Dengan Ex-Wife Suami!! Dulu Sahabat Baik Sekarang Macam Anjing Dengan Kucing
Maria Farida Kini Trauma Dengan Ex-Wife Suami!! Dulu Sahabat Baik Sekarang Macam Anjing Dengan Kucing |
Sejak awal perkahwinannya dengan Datuk Rahman, Maria Farida sehingga ke hari ini seringkali diganggu, difitnah dan diugut oleh Karen. Tidak tahan dengan apa yang dialami, Maria Farida telah pun memfailkan saman terhadap Karen. Namun begitu, Maria Farida kini sedang berada di dalam keadaan trauma akibat perbuatan Karen. Sedihnya.
Trauma bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Silap-sila sampai tahap takut nak keluar rumah. Namun nasib baiklah Maria Farida dan Datuk Rahman telah mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan mereka. Kata Maria Farida:-
Sebelum menjadi isteri Rahman, saya telah diberi amaran oleh rakan rapat dan suami bahawa akan berlaku perbalahan sebegini. Saya sudah bersedia, namun tidak menyangka ia akan berlarutan selepas enam bulan kami berkahwin. Tiada apa yang saya harapkan selain kehidupan yang tenang.Sejujurnya saya kini berdepan trauma. Selain terganggu fokus sewaktu bekerja, ia sedikit sebanyak menjejaskan emosi. Disebabkan gangguan dan segala ugutan, saya dan suami juga telah mengambil keputusan untuk mengupah pengawal peribadi sejak tahun lalu bagi menjaga keselamatan kami sekeluarga.
-beautifulnara
Post a Comment