Luahan Isteri KRT... "Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah..." - BACA VIRAL

Luahan Isteri KRT... "Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah..." - BACA VIRAL

Luahan Isteri KRT... "Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah..." - BACA VIRAL

Luahan Isteri KRT... "Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah..." - BACA VIRAL

Luahan Isteri KRT... "Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah..." - BACA VIRAL

Luahan Isteri KRT... "Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah..."
Bila dapat tahu suami datang nak jemput saya balik di rumah mak, mak cepat-cepat pergi pasar beli ikan mahal, sayur mahal, masak untuk menantunya. Tetapi bila diajak, punyalah liat. Dia siap cakap yang dia....


ARTIKEL MENARIK: TERKELU TANPA KATA !! Ditanya Kenapa Lambat Guna Mesin ATM, Jawapan Wanita Ini Sungguh Menginsafkan


Luahan Isteri KRT… “Suami Tak Boleh Terima Keluarga Saya Orang Susah…” | Saya baru saja berkahwin dalam setahun. Saya lahir dari kalangan orang susah dan keluarga saya memang susah. Berlainan dengan suami, dia orang senang dan keluarganya pun memang asal usul orang berada.

Kerja dan gaji suami pun alhamdulillah. Sebelum kahwin dengan suami, saya sudah beritahu awal-awal yang saya ini orang susah. Saya cuma mahu dia menerima saya dan keluarga saya seadanya. Saya tidak mahu dia cuma sayangkan saya, saya mahu dia sayangkan keluarga saya juga.


Suami kata, dia tidak kisah dengan semua itu sebab dia sayangkan saya dan dia tidak kisah dengan latar belakang keluarga saya.

Tetapi selepas berkahwin, saya menjadi serba salah. Suami saya menjadi seperti tidak dapat menerima keluarga saya lagi. Dia tak adalah berkata demikian tetapi dari sikap dia, jelas sekali menunjukkan dia begitu.

Saya ajak dia tidur di rumah pun susah. Kadang-kadang saya tinggal di rumah mak dalam sehari dua. Bila suami nak menjemput saya di kampung, mak punyalah gembira sampai dia kemaskan rumah, bilik, cadar selimut pun dia cucui semua. Tetapi bila suami sampai, dia tak nak tidur di rumah dan dia nak balik pada hari itu juga. Nak ajak makan di rumah pun susah.

Saya ingat lagi bila suami datang ke rumah mak, mak cepat-cepat pergi pasar beli makanan sedap-sedap, ikan mahal-mahal, sayur mahal-mahal tetapi nak ajak suami makan itu, punyalah liat. Saya sedih dan serba salah dengan mak saya.

Selepas berkahwin, saya dan suami memang duduk berjauhan dengan keluarga saya dan juga keluarga suami. Saya selalu berkata pada suami,

“Sekali sekala saya nak bawa mak ke rumah kita, tidur semalam dua, boleh tak bang?”
Tetapi dia memberikan respon negatif.

“Nantilah kalau ada masa,” katanya.

Tetapi saya tengok dia tak adalah sibuk sangat. Hujung minggu pun ada saja dan saya sedih sebab sepanjang perkahwinan, dia tidak pernah bawa mak saya datang ke rumah kami.

Kadang-kadang saya nak bawa mak jalan-jalan pergi ke bandar, belikan mak baju, suami kerap memberikan alasan tak ada masa. Sedangkan kerja tak sibuk mana pun.

Mak saya orang susah, nak merasa pergi bandar setahu sekali pun jarang. Dia cuma berniaga sayur di pasar. Kadang-kadang sedih juga tengok mak tak ada baju baru tetapi bersyukurlah, kadang-kadang suami ada hulur juga pada mak dan ayah saya.

Tetapi mak saya tak pernah kisah kalau suami saya bagi duit atau tidak pada mereka sebab mak saya cuma happy dapat menantu yang boleh jaga anak dia. Anak dia pun hidup dah senang sikit, tak adalah susah seperti mereka.

Ya Allah.. sedih. – KRT | PIXEL MEDIA

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post