Ketua Polis Johor Sahkan Safee Sali Tiada Kaitan Kes Jumpa Pistol Dalam Kereta Ford Rangernya

Ketua Polis Johor Sahkan Safee Sali Tiada Kaitan Kes Jumpa Pistol Dalam Kereta Ford Rangernya

Ketua Polis Johor Sahkan Safee Sali Tiada Kaitan Kes Jumpa Pistol Dalam Kereta Ford Rangernya

Ketua Polis Johor Sahkan Safee Sali Tiada Kaitan Kes Jumpa Pistol Dalam Kereta Ford Rangernya

Ketua Polis Johor Sahkan Safee Sali Tiada Kaitan Kes Jumpa Pistol Dalam Kereta Ford Rangernya

Sebagai pemain yang berstatus bintang, Safee Sali pemain JDT adalah salah seorang pemain bolasepak tempatan yang berpendapatan tinggi di Malaysia.


Gambar Hiasan: Porsche Cayenne salah satu kereta Safee Sali : kredit exoticmods

13179020_279668105708127_761639176967402
Porsche Cayenne salah satu kereta Safee Sali : kredit exoticmods
Sebagai pemain yang berstatus bintang, Safee Sali pemain JDT adalah salah seorang pemain bolasepak tempatan yang berpendapatan tinggi di Malaysia.

Kemampuan pemain-pemain bolasepak JDT untuk memiliki kereta berjenama seperti Porsche Cayenne dan lain-lain tidak menghairankan peminat-peminat bolasepak tempatan.

Safee Sali turut memiliki kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger yang telah dihantar ke sebuah Bengkel Aksesori kereta untuk ubahsuai aksesori tambahan di Shazman Truck Garage bertempat di Taman Setia Tropika, Johor Bahru.

Semalam, telah digemparkan dengan satu berita yang berkaitan dengan kenderaan yang dihantar oleh Safee Sali tersebut yang pastinya mengejutkan beliau yang pada ketika kejadian berada di Segamat bagi meraikan kejayaan JDT dalam Piala FA..

Dalam satu sekatan jalan raya pada jam 12.00 tengahari di susur keluar Kempas, Lebuhraya PLUS arah utara, pihak polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di dalam kenderaan tersebut.

Kenderaan itu pada ketika itu telah dipandu oleh pemilik kedai aksesori berkenaan. 

BH Online melaporkan, pemilik kedai yang berusia 34 tahun itu telah ditahan.

Hasil Pemeriksaan mendapati terdapat sepucuk pistol di dalam sebuah beg kuning yang berada di tempat duduk belakang kereta tersebut.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Safee sebelum ini telah menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk diubahsuai dan berjanji untuk mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung semalam.

"Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya.

"Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya - kredit


BERIKUT LAPORAN TANGKAPAN TERSEBUT.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

YDH DATO / Tuan. *LAPORAN TANGKAPAN (1) LELAKI BERSABIT KEMPAS/003976/2016* 

1. Makluman awal Trafik JBU jumpa sepucuk pistol jenis revolver semasa membuat Sekatan Jalan Raya. 

2. Klasifikasi: Sek.8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971/ Sek.8(a) Akta Senjata 1960. 

3. IO kes: Insp.Izzat SIO kes: ASP Hema Nanthan 

4. Butiran Tangkapan (B1):- 
Nama: Shalihoddin B. Azman 
No. KP: 821103-01-5853 
Umur: 34 Tahun 
Alamat: No. 7, Jalan Atmo Batu 18, Kampung Sungai Tiram, 81800 JB 
Pekerjaan: Berniaga (Kedai Aksesori 4×4) 
Alamat Kedai: Shazman Truck Garage, No. 73, Jalan Setia Tropika 1/8, Taman Setia Tropika, JB 

5. Rekod Lampau: 

- Plentong/922/01, Sek 39B ADB, Tahun 2001, Ditangkap.
Tmn Pelangi/1554/12, Sek 15(1)(a) ADB, Tahun 2012, Dihukum. 
- Setia Indah/1859/12, Sek 39A(1) ADB & Sek 6 ADB, Tahun 2012, Dihukum. 

6. Fakta kes: 
6.1. Pada 15.5.2016 @ 1200, anggota Trafik JBU (Sjn. 126944, Kpl. 98236, Kpl. 126832, Kpl. 138981 & Lkpl. 168423) yang menjalankan Sekatan Jalan Raya di Susur Exit Kempas Lebuhraya Utara Selatan (Hala Utara) telah tahan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger 4WD, warna Hijau, No. Pendaftaran JRL 6433 yang dipandu oleh B1. 

6.2. Kemudian dengan disaksikan B1, Lkpl. 168423 telah membuat pemeriksaan bahagian dalam kenderaan dan telah menjumpai satu beg berwarna kuning di bahagian tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan di dalam beg tersebut, Lkpl. 168423 telah menjumpai:- 

i) dipercayai sepucuk pistol Revolver jenis Smith & Wesson, panjang bearer 4 inci, No. Siri: K665131, buatan USA beserta Sarung warna hitam.

ii) Satu kotak hitam tertulis "Bullet Master" mengandungi 30 butir peluru hidup jenis .38LRN Special Ball 


6.3. Hasil semakan ke atas kenderaan tersebut dapati:- 

Pemilik: 
Nama: Mohd Safee B. Mohd Sali (Pemain Bola Sepak JDT) 
No. KP: 840129-10-5295 
Alamat: No. 6, Jalan TP 7/C, Tmn Perindustrian UEP, 47610 Selangor.

7. Hasil soal siasat awal ke atas B1 mendapati:- 
i) B1 telah jumpa pistol & peluru2 di dalam bungkusan plastik yg dibalut dengan baik di Loji Air, Jalan Sungai Tiram - Pasir Gudang pada bulan lepas (April 2016) ketika memancing pada sebelah petang bersama rakannya nama "Lani" (tanpa pengetahuan Lani). 

B1 buka bungkusan tersebut dan mengambil pistol bersama peluru2 tersebut dan masukkan ke dalam beg. 

ii) Selepas menjumpai pistol tersebut, B1 telah simpan (sembunyikan) di pejabat kedainya. B1 memberi alasan mahu simpan pistol tersebut sebagai keselamatan dirinya yang sedang menjalankan perniagaan. 

B1 juga telah membersihkan pistol tersebut selama di bawah simpanannya namun masih menafikan melepaskan tembakan. 

iii) B1 akui kenderaan Ford Ranger tersebut adalah milik Safee Sali. 

      Safee Sali telah hantar kenderaan tersebut ke kedainya pada minggu lepas untuk pasang "Full        Ascesorries". 

B1 menyatakan Safee Sali bercadang akan ambil kenderaannya itu selepas Final Piala FA.

 iv) Keterangan B1 setakat ini berhubung pistol dipercayai tidak betul. SS lanjut akan dijalankan untuk mendapatkan cerita sebenar. 

8. Tindakan dan siasatan awal: 
8.1. IO kes telah melawat tempat kejadian bersama jurugambar Sjn Sham. Gambar tempat kejadian telah dirakam. 

8.2. Pihak forensik IPK Johor telah dipanggil untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang dirampas. 

8.3. Pihak AMRA IPD JBU telah dipanggil untuk pemeriksaan terhadap pistol yang dirampas.

8.4. Barang kes akan dihantar ke Forensik Cheras, Bukit Aman untuk pemeriksaan Mybid. 


9. OKT akan dimohon reman pada 16/5/16 selama 7 hari. 

10. Repot sedang dibuat dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan setelah selesai siasatan. Sekian, terima kasih YDH DATO


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post