Ibu Sarat Mengandung 9 Bulan Didenda RM25,000 Kerana DERA Anak Sampai MATI
Ibu Sarat Mengandung 9 Bulan Didenda RM25,000 Kerana DERA Anak Sampai MATI |
Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Zuliana Tahir, 34, suri rumah, selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah melakukan perbuatan itu terhadap anak keempatnya, Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy.
Suaminya, Zuhairi Kassim, 40, yang juga bapa tiri mangsa juga didenda sebanyak RM15,000 atas tuduhan bersama-sama melakukan pengabaian terhadap mangsa.
Kedua-dua tertuduh diperintahkan dipenjara selama 15 bulan jika gagal menjelaskan denda bagi pengabaian Muhammad Akhil Mustaqim, manakala penjara 10 bulan bagi Nor Zuliana atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian anaknya.
Terdahulu pada 9 Jun 2014, pasangan terbabit dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan sama dan kedua-duanya tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan. - PIXEL MEDIA
Post a Comment