(Foto) Kapal Selam Perang Dunia ke-2 Ditemui Semula Selepas Hilang Sejak 1942, Dipercayai Dengan Semua Krew Di dalamnya
(Foto) Kapal Selam Perang Dunia ke-2 Ditemui Semula Selepas Hilang Sejak 1942, Dipercayai Dengan Semua Krew Di dalamnya |
ARTIKEL MENARIK: (Video) Orang Ramai Bersorak Tengok Pemandu Range Rover Mengamuk Rempuh Kereta Jaguar
Kapal selam model HMS P-311 itu ditemui di perairan Sardinia dipercayai dengan kesemua mayat 71 krew di dalamnya.
Kapal itu dianggap tenggalam selepas terputus hubungan pada 31 Disember 1942 dan ditemui semula baru-baru ini.
Salah seorang dari peneroka tersebut, Massimo Domenico Bordone, memberitahu La Nuova Sardgna : "Sepantas kilat saya terfikir macam mana nasib orang-orang yang menemui ajal di dalam sana
Kapal selam itu dipercayai tenggelam setelah terkena bahan letupan ketika misi ke Trieste dan Gorizia untuk menghapuskan kapal perang Itali.
Hanya bahagian kecil kapal itu sahaja dilihat mengalami kerosakan, dan dipercayai bahagian dalam kapal itu masih lagi elok.
Massimo menambah : "Kapal itu kelihatan seperti tenggelam tanpa dimasuki air, yang bermakna krew mati kerana kehabisan oksigen".
Royal Navy memberitahu akhbar The Local bahawa kapal selam itu tidak akan dialihkan dari tempat ia tenggelam, biarpun ada mayat di dalamnya.
"Bangkai(kapal) hanya akan dinaikkan jika perlu atau alasan kukuh diberikan", katanya.
"Apabila kapal perang tenggelam, ia menjadi kubur perang dan ditinggalkan dimana ia tenggelam" - Siakapkeli.my
Post a Comment