Didakwa RAMPAS SUAMI ORANG, FIZA ELITE Akhirnya Tampil Menjelaskan Perkara Sebenar?
Didakwa RAMPAS SUAMI ORANG, FIZA ELITE Akhirnya Tampil Menjelaskan Perkara Sebenar? |
ARTIKEL MENARIK: Tidak Tahan Diganggu Bekas Suami, Akhirnya Fasha Sandha Terpaksa Buat Laporan Polis...BIKIN PANAS!
FIZA ELITE NAFI RAMPAS SUAMI ORANG DAN BAKAL BERKAHWIN | Bercakap kepada BH Online, Fiza menafikan dirinya bakal berkahwin. Malah, Fiza turut menafikan kekasihnya yang juga seorang juruterbang, berstatus suami orang.
“Kami baru kenal dan berjumpa, masakan nak kahwin tiba-tiba? Saya menulis menghitung hari di laman Instagram kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum dapat didedahkan lagi.
“Tapi ada pula yang pandai-pandai membuat rumusan ia ada kaitan dengan saya nak berkahwin lagi. Saya juga terpaksa memadamkan perkongsian itu kerana ia mula mengundang komen bukan-bukan,”katanya.
Ditanya mengenai hubungannya dengan jejaka terbabit dan rancangan berkahwin yang digembar-gemburkan, Fiza berkata:
“Masih terlalu awal untuk kami memikirkan soal kahwin. Saya pun pernah berdepan kegagalan dalam dua perkahwinan sebelum ini. Jadi saya tak mahu pisang berbuah dua kali lagi.
“Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang saya sedang mengenali lelaki dengan pangkal huruf J.Dia bukan suami orang dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.”
Fiza mengaku mengenali J pada awal tahun ini.
“Soal kahwin lagi, pasti saya akan kongsi. Benda baik semestinya saya akan hebahkan,” katanya.
Post a Comment