AL - FATIHAH..TAKZIAH Dari ARTIS 2 !! MENGADU SAKIT DADA TETAPI KUATKAN DIRI UNTUK MENGHABISKAN PENGGAMBARAN ..Pengarah drama 'Tundukan Playboy Itu' Meninggal Dunia.
AL - FATIHAH..TAKZIAH Dari ARTIS 2 !! MENGADU SAKIT DADA TETAPI KUATKAN DIRI UNTUK MENGHABISKAN PENGGAMBARAN ..Pengarah drama 'Tundukan Playboy Itu' Meninggal Dunia. |
ARTIKEL MENARIK:Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati!
"PAKCIK hilang seorang anak yang bertanggungjawab dan lebih memilukan dia pergi saat kita bakal menyambut Ramadan dan Syawal.
Itu luahan merintih jiwa ayah kepada pengarah drama popular Tundukan Playboy Itu, Allahyarham Khairul Amri Khalid, Khalid Mamat, 70, semasa ditemui di rumahnya di Taman Seri Intan, di Teluk Intan, hari ini.
"Pak cik redha dengan pemergian arwah diusia 44 tahun walaupun perit kehilangan seorang anak yang sangat disayangi oleh semua ahli keluarga," katanya.
Sementara itu, pelakon dan rakan Allahyarham, Liza Abdullah yang turut hadir pada upacara pengkebumian arwah berkata, industri kehilangan seorang sahabat dan pengarah yang begitu baik.
"Saya kenal dengan arwah terlalu lama sejak dia mula terlibat dalam industri ini sebagai penolong pengarah dan ketika itu dia bercita-cita menjadi pengarah.
"Alhamdulillah Allah makbul impian dia, tetapi akhirnya dia pergi meninggalkan kami semua bersama kenangan ketika bekerja bersamanya," katanya.
Tambahnya, Allahyarham Keoi merupakan seorang suami yang bertanggungjawab dan juga seorang pengarah yang sentiasa mengambil berat kebajikan krew dan pelakon.
"Sukar untuk saya percaya kerana bagi saya segala kenangan yang dilakukan bersama arwah masih lagi segar dalam ingatan," katanya.
Allahyarham Keoi meninggalkan seorang isteri bersama tiga anak masing masing berusia 17, 15 dan tiga tahun.
Jenazah selamat dikebumikan selepas Solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan, semalam.
Turut kelihatan pada upacara pengkebumian Allahyarham Keoi adalah pelakon Anne Abdullah, Iqram Dinzly, Ellie Suriati Omar dan lain-lain.
Keoi atau nama sebenarnya Khairul Amri Abas dikatakan rebah pada jam 8.13 malam tadi di lokasi penggambaran drama berjudul Cinta 11 Syarat itu.
Pengurus Produksi drama berkenaan, Iena Hashim ketika dihubungi berkata, ketika penggambaran dihentikan untuk rehat Keoi tiba-tiba rebah.
"Sebelum itu dia sudah mengadu sakit dada tetapi tetap gagahkan diri untuk menghabiskan penggambaran," katanya.
Iena berkata, dia difahamkan Keoi sudah meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan oleh paramedik di lokasi berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Gerik.
Jenazah kini berada di Hospital Gerik untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak, esok.
SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 BERIMAN..AMIN.
Post a Comment