Kami yakin semua pengguna jalan raya tahu yang lorong kecemasan hanya untuk penggunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan. Kenderaan lain selain motosikal tidak boleh menggunakan laluan tersebut.
Akhirnya Saksi Kajadian Kes Kemalangan Maut Tampil Dedah Dalang Yang Terlibat. Jangan Jadi PEMBUNUH!! |
ARTIKEL MENARIK: Hajat Perkenalkan Bakal Suami Pada Keluarga Berhujung Maut
Baru-baru ini satu kemalangan telah berlaku berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Kemalangan ini menyebabkan pemandu dan pembonceng motosikal ini cedera parah selepas mereka melanggar sebuah kereta rosak dan mereka memerlukan rawatan secepat mungkin.
Disebabkan terlalu ramai pengguna jalan raya yang jenis penting diri sendiri telah menggunakan lorong kecemasan, pihak ambulans telah mengambil masa lebih dari 3 jam untuk sampai ke lokasi kemalangan.
Luahan seorang saksi yang berada di lokasi kemalangan, Mohd Zulhairi Shariff di Facebooknya diharap dapat membuka mata pengguna jalan raya agar berhenti menggunakan laluan kecemasan ini. Jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang!
Sumber: FB Mohd Zulhairi Shariff
Post a Comment