WOW ! Tak Sangka,Permaisuri Johor Boleh Cakap Macam Ni Lepas Kena Puji. Serius Tak SANGKA !

WOW ! Tak Sangka,Permaisuri Johor Boleh Cakap Macam Ni Lepas Kena Puji. Serius Tak SANGKA !

WOW ! Tak Sangka,Permaisuri Johor Boleh Cakap Macam Ni Lepas Kena Puji. Serius Tak SANGKA !

WOW ! Tak Sangka,Permaisuri Johor Boleh Cakap Macam Ni Lepas Kena Puji. Serius Tak SANGKA !

WOW ! Tak Sangka,Permaisuri Johor Boleh Cakap Macam Ni Lepas Kena Puji. Serius Tak SANGKA !

WOW ! Tak Sangka,Permaisuri Johor Boleh Cakap Macam Ni Lepas Kena Puji. Serius Tak SANGKA !



PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengakui menghargai segala pujian dan komen yang diberikan pengikutnya di Facebook berhubung penampilannya ketika melawat Pusat Pengajian Islam Oxford University (Ocis), beberapa hari lalu.

Menerusi catatan di Facebook, baginda bagaimanapun berharap agar pengikutnya mempunyai lebih minat atau perasaan ingin tahu berhubung Ocis berbanding tentang penampilannya pada hari berkenaan.

“Ketika saya memuat naik gambar-gambar ketika lawatan saya ke Ocis saya mungkin telah melakukan kesilapan kerana telah gagal berkongsi lebih banyak maklumat tentang fungsi dan matlamat Pusat tersebut.

“Sebelum anda menekan butang ‘like’, saya meminta agar anda membaca dahulu apa yang telah saya tulis di sini hingga ke penghujungnya. Walaupun saya amat menghargai semua komen dan pujian berhubung penampilan saya ketika lawatan ke Pusat tersebut,” luah baginda.

Rabu lalu, Raja Zarith Sofiah memuat naik 28 keping gambar sepanjang lawatannya ke Ocis dan rata-rata komen yang diberikan pengikut di Facebook memuji penampilan dan kecantikannya.

Mengulas lanjut, baginda bercerita tentang lawatannya ke Ocis yang berpeluang bertemu semula dengan Pengarah Pusat berkenaan, Dr Farhan Nizami dan menyaksikan perkembangan kerja-kerja yang terus dilakukan selepas lawatannya sebelum ini.

“Beliau telah membawa kami melawat sekitar Ocis dan kemuncaknya bagi kami adalah melihat auditorium yang mempamerkan ukiran-ukiran hasil kerja pengukir kayu daripada Terengganu.

“Kami telah juga berjalan sekeliling taman yang telah direka bentuk oleh Penaung Ocis iaitu Prince of Wales, Putera Charles,” katanya.

Raja Zarith Sofiah juga memberitahu telah mengutarakan kebimbangan baginda tentang perubahan yang berlaku kepada masyarakat di Malaysia termasuk umat Islam yang lebih memikirkan tentang penampilan serta perkara yang remeh-temeh atau yang tidak penting.

“Kita telah menjadi semakin cetek dan kurang berminat dalam hal-hal kerohanian. Kita cenderung menjadi paranoid apabila melihat salib. Saya turut mengatakan kepada arkitek berbangsa Mesir yang turut hadir bahawa kami pernah terbang ke Kaherah sekali dan saya telah melihat banyak salib bersaiz besar yang memenuhi serta menjadi penanda kubur-kubur Kristian di sana.

“Tiada sebarang isu tentang kewujudan salib-salib ini di sana. Tempat-tempat seperti Ocis inilah yang membantu membuatkan kita untuk menjadi para Muslimin dan Muslimat yang lebih baik menerusi interaksi kita dengan mereka yang berlainan agama, menimba ilmu daripada mereka yang lebih berpengetahuan dan adalah pakar dalam bidang ilmu pengetahuan masing-masing,” katanya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post