TERKEJUT!!! DATO VIDA 1 PAGI Dapat Kesan Mukanya Di GODAM Sehingga 1 JUTA Orang Cuba......

Ipoh: Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman hari ini membuat laporan polis akaun Facebook miliknya digodam individu tidak bertanggungjawab.

Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida juga membuat laporan ada individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya.

Beliau mengesan kewujudan satu akaun Facebook yang menyamar sebagai beliau dan memperdaya kira-kira sejuta pengikutnya di laman sosial itu, kira-kira 1 pagi Khamis lalu.

"Banyak gambar saya dimuat naik dalam Facebook itu. Kapsyen pada gambar itu juga sama seperti kapsyen yang saya taip di Instagram saya.

"Pemilik akaun itu menjanjikan hadiah lumayan kepada pengikut seperti beg tangan berjenama secara percuma," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang di sini, 3.30 petang tadi.

Dr Vida berkata pada hari sama, beliau memuat naik status di Facebook miliknya bagi menyatakan penipuan itu, namun beberapa jam kemudian akaun Facebooknya tidak boleh diakses, dipercayai digodam.

"Selepas empat hari kejadian berlaku, saya dapati sekeping gambar dimuat naik disusuli dengan pautan senarai nama pemenang. Apabila gambar itu diklik, akan masuk ke satu laman web lucah," katanya.

Sehubungan itu, beliau minta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan identitinya untuk tujuan salah kerana memberi kesan terhadap reputasinya.

Ketua Balai Polis Jelapang Inspektor Rashidi Othman mengesahkan laporan itu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post