PATUT LAH KENA GANGGU!!! VIDEO PELAJAR DAN GURU KONGSI PENGALAMAN DETIK SEMASA HISTERIA...50 PELAJAR pelajar dan 11 guru diganggu histeria dek “lembaga hitam”, sekolah terpaksa ditutup..

KELANTAN: Bukan satu atau dua, tetapi sehingga 50 pelajar mengalami gangguan histeria. Malah bukan para pelajar sahaja yang terjejas, tetapi 11 guru juga dilaporkan mengalami fenomena tersebut di sebuah sekolah di Kelantan.

Akibatnya, kira-kira 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa II di Kelantan, diarahkan bercuti selama sehari pada hari Khamis (14 Apr), menyusuli kejadian histeria beramai-ramai yang menggemparkan itu. Ia berlaku sejak hari Isnin (11 Apr).

Media arus utama Malaysia seperti Astro Awani misalnya melaporkan Pengetua sekolah tersebut, Cik Siti Hawa Mat sebagai berkata, kesemua mangsa histeria itu mendakwa terlihat 'lembaga hitam' semasa kejadian histeria itu.

Sebilangan pelajar malah menyebut mereka terlihat makhluk 'pontianak' dan 'pocong', menurut laporan The Star.

Sebahagian pelajar memberitahu pihak media, mereka tidak dapat menghadiri kelas sejak rakan-rakan sekolah mereka mengalami histeria sejak Isnin.

Pada hari Isnin, 25 pelajar diganggu histeria. Pada hari Rabu, ia dikatakan berlaku sekali lagi dan kali ini menjejas 50 pelajar, menurut Astro Awani.

"Keadaannya begitu setiap hari," menurut seorang pelajar di Form 3 seperti ditukil The Star.

"Guru wanita juga turut terjejas dengan histeria itu dan kami tidak boleh belajar," tambah para pelajar lagi.

Menurut laman berita Kosmo Malaysia, lebih 50 pelajar dirasuk dan beberapa orang guru berlaku setelah para pelajar mendakwa terlihat makhluk halus yang didakwa pocong di dalam sebuah kelas yang kosong.

Para pelajar tersebut kemudian rebah, meracau-racau dan berguling-guling seperti cacing kepanasan di atas lantai sebelum serangan histeria itu 'berjangkit' kepada pelajar lain.

Laporan-laporan media Malaysia seperti Berita Harian Malaysia menyebut, beberapa pengamal perubatan Islam dipanggil untuk membantu. Keadaan di sekolah tersebut kini dikatakan terkawal. , selain dijalankan pembacaan surah Al-Quran dan solat hajat.

Menurut laporan Kosmo, seorang pelajar mengatakan sekolah itu akan ditutup selama tiga hari dan akan dibuka semula pada Ahad.

"Kami diberitahu supaya jangan datang ke kelas hari ini. Kami harap isu itu dapat dihuraikan secepat mungkin," tambahnya.

Laporan Kosmo mendedahkan pelajar, guru dan kakitangan yang lemah semangat diarahkan pulang awal semalam bagi mengelak diserang histeria.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Malaysia Jaafar Ismail apabila dihubungi mengatakan situasi itu merupakan hal dalaman sekolah.

Salah seorang guru, Cik Norlailawati Ramli memaklumkan, bahawa gangguan bermula ke atas pelajar sebelum merebak kepada beberapa guru.

“Bila saya pegang dia (pelajar), memang terasalah macam berat tangan dan saya bacalah apa yang saya (ingat) dan beristighfar. Memang hilang kawalan masa itu, lepas dia balik, mula pada saya sebelah kiri memang ada macam orang berpaut.. nampak kelibat, macam hitam begitu,” kata Norlailawati kepada Astro Awani.

Seorang lagi guru, Cik Kamariah Ibrahim berkata: “Dia (lembaga hitam) macam nak masuk, tetapi kawan-kawan terus baca ayat (Al-Quran) di sekeliling. Rasa besar kepala, rasa kebas, air mata mengalir tidak berhenti, baca ayat Qursi, kepala jadi ringan adalah dalam masa sejam juga

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post