MASYA ALLAH!! Pelajar Melayu Ini Mengaku Tidak Percaya Allah Dan Dia GAY Dapat PERLINDUNGAN Di Kanada
MASYA ALLAH!! Pelajar Melayu Ini Mengaku Tidak Percaya Allah Dan Dia GAY Dapat PERLINDUNGAN Di Kanada |
Kuala Lumpur: Penuntut Malaysia di Kanada yang secara terbuka mengaku g*y dan tidak percaya tuhan berjaya dalam permohonannya untuk memperoleh status pelarian daripada kerajaan Kanada.
Keputusan itu dibuat Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada selepas 20 minit sesi pendengaran permohonan itu semalam, sekali gus menggembirakan penuntut Universiti Winnipeg itu yang sebelum ini bimbang keselamatannya jika dihantar pulang ke Malaysia.
"Saya teramat gembira dan menghargai keputusan itu," kata penuntut terbabit seperti dilaporkan oleh CBC.ca.
Peguamnya, Bashir Khan berkata, dengan status baru anak guamnya sebagai 'individu dilindungi' bermakna, dia tidak boleh dihantar balik ke Malaysia.
"Ini adalah satu daripada beberapa kes yang mempunyai bukti kukuh. Anak guam saya seorang yang boleh dipercayai dan mendapat sokongan hebat daripada orang ramai sekali gus memudahkan permohonannya diluluskan," katanya.
Penuntut itu akan menerima keputusan bertulis dalam tempoh tiga hingga enam minggu lagi dan dokumen itu membolehkan dia memohon untuk status penduduk tetap di Kanada.
Sementara itu, akhbar ini yang menemubual penuntut terbabit secara ekslusif Februari lalu dimaklumkan, keluarganya bertindak menghentikan bantuan pengajian selepas dia mengaku gay dan tidak percaya tuhan dan menemui gambar dia bersama rakan di bar gay di negara itu menerusi laman sosial Facebook.
Akibatnya, dia mengalami kesempitan wang dan terpaksa membuat kutipan terbuka GoFundMe bagi membiayai perbelanjaan.
Penuntut terbabit yang juga anak sulung daripada lima adik beradik itu kini merancang mencari kerja bagi menamatkan pengajian dan berharap mendapatkan status pelarian dan perlindungan di Kanada.-HMetro
Post a Comment