KINI TERJAWAB! Pakar Forensik Dedah 3 PUNCA Sebenar Kematian Kevin Morais Tidak Diketahui Ramai, MENGGEMPARKAN!

KINI TERJAWAB! Pakar Forensik Dedah 3 PUNCA Sebenar Kematian Kevin Morais Tidak Diketahui Ramai, MENGGEMPARKAN!

KINI TERJAWAB! Pakar Forensik Dedah 3 PUNCA Sebenar Kematian Kevin Morais Tidak Diketahui Ramai, MENGGEMPARKAN!

KINI TERJAWAB! Pakar Forensik Dedah 3 PUNCA Sebenar Kematian Kevin Morais Tidak Diketahui Ramai, MENGGEMPARKAN!

KINI TERJAWAB! Pakar Forensik Dedah 3 PUNCA Sebenar Kematian Kevin Morais Tidak Diketahui Ramai, MENGGEMPARKAN!

KINI TERJAWAB! Pakar Forensik Dedah 3 PUNCA Sebenar Kematian Kevin Morais Tidak Diketahui Ramai, MENGGEMPARKAN!


KUALA LUMPUR 13 April - Ditekan di bahagian dada, diserkup dengan beg plastik dan diketatkan di bahagian leher sehingga tidak boleh mendapatkan udara untuk terus bernafas.

Gabungan ketiga-tiga faktor tersebut, menurut Pakar Perunding­ Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Nurliza Abdullah, merupakan punca Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais ‘putus nafas’ sehingga membawa kepada kematiannya.


Dapatan tersebut juga bersesuaian dengan kesan lebam yang besar di bahagian belakang kanan dan bahagian sangkar dada sebelah kanan serta keadaan muka.


Nurliza, 51, berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam, Datuk N. Sivananthan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dalam perbicaraan terhadap pakar patologi tentera, Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 53, yang didakwa bersubahat de­ngan enam lelaki untuk membunuh Kevin Morais, 55.

Kejadian itu didakwa berlaku dalam perjalanan dari rumah mang­sa di Jalan Dutamas Raya, Sentul di sini ke No. 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya dekat sini, antara pukul 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Enam lagi tertuduh iaitu empat penganggur, G. Gunasekaran, 48; R. Dinishwaran, 24; A.K. Thinesh Kumar, 23; M. Vishwanath, 26; pelajar kolej, S. Nimalan, 23, dan pemberi pinjaman wang, S. Ravi Chandaran, 45, didakwa membunuh mangsa pada masa, tarikh dan tempat sama.

Perbicaraan masuk hari kelima hari ini.

Pada sesi soal balas itu juga, Nurliza menafikan kematian Kevin Morais adalah disebabkan penyakit-penyakit membabitkan kegagalan fungsi jantung atau saluran pernafasan.
“Biasanya bagi seseorang yang mengalami kegagalan fungsi jantung akan lebih membabitkan kepada pengaliran darah dan bukannya sesak nafas.
“Punca semula jadi atau penyakit yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kesukaran bernafas adalah seperti jangkitan pada bahagian atas kerongkong yang menyebabkan keradangan atau bengkak pada bahagian atas saluran pernafasan. Ini biasanya berlaku pada kanak-kanak,” jelasnya.
Saksi pendakwa ke-11 itu turut menafikan bahawa laporan bedah siasatnya berdasarkan kebarangkalian atau kemungkinan semata-mata kerana ia telah mengambil kira secara menyeluruh ujian dan analisis terhadap mayat mendiang.

Nurliza.jpg
NURLIZA ABDULLAH menunjukkan batu yang melekat pada guni plastik yang digunakan untuk menyumbat mayat Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur, semalam.
PEGUAM: Kenapa tak tulis terus punca kematian adalah asfiksia? Kenapa perlu ada kebarangkalian atau kemungkinan yang tinggi?

SAKSI: Sebab tidak semua tanda asfiksia ditemui sebab mayat sedang membusuk.

Dalam erti kata lain laporan awak ini adalah berdasarkan kebarangkalian tinggi?

Pada saya, ia dibuat berdasarkan alasan perubatan yang kukuh yang melangkaui keraguan yang munasabah.

Apa yang diperlukan untuk awak tulis terus dalam laporan bahawa punca kematian adalah asfiksia dan bukannya kematian mempunyai kebarangkalian yang tinggi berpunca akibat asfiksia?

Mayat yang segar.

Walaupun tidak melakukan dua jenis ujian bagi menentukan tahap kesihatan jantung mangsa terutamanya bagi menentukan sama ada Kevin Morais menghidap penyakit Myocardial Infarcation (kematian tisu sel otot jantung), Nurliza tetap menyatakan bahawa punca kematian adalah akibat kekurangan oksigen akibat pernafasan terhalang.

Dua ujian bagi menentukan penyakit itu juga bukanlah amalan untuk seseorang pakar patologi forensik menentukan kematian.

Kevin%2BMorais.jpg

Menjawab pertanyaan mengenai waktu kematian, Nurliza memberitahu, beliau tidak dapat memberikan anggaran waktu kematian Kevin Morais ekoran terdapat faktor luaran yang boleh mempengaruhi, meskipun dengan menggunakan teknologi terkini dan canggih yang ada sekarang.

Kenapa ada yang boleh tentukan dinosaur mati beribu tahun dahulu, manusia mati beribu tahun tetapi tidak boleh ditentukan dalam kes ini?

Itu teknik dalam arkeologi, bukan dalam kes ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok dengan keterangan seorang lagi pakar patologi yang membantu Nurliza menjalankan bedah siasat ke atas mayat Kevin Morais.

Sumber Utusan Online


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post