Histeria: Pelajar perempuan tolong jangan buang “pampers” anda merata-rata sesuka hati!

Pelajar perempuan dinasihatkan menjaga kebersihan terutamanya berkaitan tuala wanita memandangkan ia juga antara daya penarik untuk jin berdampingan dengan mereka.

Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Qalam, Datuk Seri Baharuddin Abu berkata, jin menjadikan tuala wanita yang mempunyai darah sebagai makanan mereka.

Beliau berkata, keadaan ini juga akan menyebabkan gangguan kepada empunya tuala wanita itu sendiri, seterusnya menyebabkan serangan histeria.

“Lagipun jin suka kepada tempat-tempat kotor dan selalu mendiami tempat berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya ada beberapa punca yang menyebabkan gangguan terbabit termasuk keadaan tempat tinggal ‘lembaga’ (jin) itu diganggu.

“Mungkin pelajar di sekolah membersihkan kawasan tempat tinggalnya yang menyebabkan ia marah.

“Ini juga boleh terjadi memandangkan jin tidak suka kepada kebersihan,” katanya.

Baharuddin berkata, bagi mengelakkan diganggu makhluk halus, beliau menasihatkan supaya pelajar juga sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

“Ini sebagai benteng untuk menangkis gangguan jin di samping amalan membaca ayat-ayat suci al-Quran,” katanya.

Menurut Baharuddin, gangguan yang berlaku di sekolah termasuk di SMKPC 1, SMKPC 2, SMK Kemumin dan SMK Kubang Kerian 3, mungkin disebabkan jin atau saka.

“Ia boleh berubah dalam pelbagai bentuk dan mendekati golongan yang lemah semangat terutamanya pelajar perempuan yang sedang datang bulan (period),” katanya.

Sementara itu, lembaga hitam berbulu yang didakwa pelajar dilihat berkeliaran di SMKPC 2, dikategorikan sebagai jin yang boleh berupa dalam bentuk apa sahaja.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Shafie berkata, jin itulah yang dipercayai mengganggu pelajar sekolah berkenaan.

“Insya-ALLAH kita akan cuba ikhtiar untuk merawat gangguan ini dan saya sendiri akan turun ke sekolah itu bagi melihat keadaan sekolah.

“Kita cuba pulihkan semangat pelajar memandangkan keadaan itu turut memberi tekanan emosi kepada mereka,” katanya.

Sumber : Sinar

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post