Dah songlap dana KBS lebih RM100 juta tetapi dibenar kembali bekerja
Dah songlap dana KBS lebih RM100 juta tetapi dibenar kembali bekerja |
Walau suspek songlap RM100j, pegawai KBS dibenar sambung kerja
Seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan dibenarkan kembali ke pejabat selepas tamat reman akibat tuduhan menggelapkan kira-kira RM100 juta dana sejak enam tahun lalu.
Menurut menteri Khairy Jamaluddin, prosedur kerajaan menyatakan bahawa seseorang penjawat awam cuma akan digantung kerja apabila beliau didakwa di mahkamah.
“Menurut prosedur kerajaan, pegawai cuma akan digantung tugas apabila sudah didakwa di mahkamah … Suspek masih belum didakwa di mahkamah hari ini, dia masih direman di bawah SPRM, tetapi belum digantung tugas,” kata Khairy, menggunakan akronim Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Buat masa ini ya … Buat masa ini, itulah prosedur kerajaan,” jawabnya apabile disoal samada suspek akan dibenar menyambung kerja.
Terdahulu, Khairy mengumumkan bahawa satu pasukan siasatan bebas akan ditubuhkan untuk membuat semakan segera terhadap mekanisme dalaman dan proses tadbir urus berkaitan penyaluran dana di KBS.
Pasukan siasatan bebas itu akan dilantik ketua setiausaha negara sendiri dan ia tidak akan melibatkan pegawai dari KBS bagi memastikan tiada kepentingan diri dalam siasatan yang bakal dijalankan, katanya.
SPRM Jumaat lepas menahan seorang setiausaha bahagian di kementerian itu selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.
Dalam sidang media hari ini, Khairy mengakui tidak sedar akan kes penyelewengan tersebut sehinggalah dimaklumkan SPRM beberapa minggu lepas.
* Baca selanjutnya di Malay Mail Online
Sumber: Malay Mail Online
Post a Comment