5 GAMBAR NGERI ! Cerita Sebenar Polis Langgar Pekerja Lebuhraya Hingga Maut Di Muar !

MUAR 9 April – Seorang pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) maut setelah dilanggar oleh sebuah kereta peronda polis yang mengejar sebuah kereta di Kilometer 141, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Pagoh semalam.

Utusan Online melaporkan, kereta peronda terbabit tidak sempat mengelak mangsa yang berada di lorong kecemasan ketika kejadian kira-kira 4.30 petang itu.

Mangsa, Ismail Nor, 35 disahkan maut di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada pukul 6.45 petang akibat kecederaan yang serius di kepala dan badan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kereta peronda jenis Proton Inspira itu sedang mengejar sebuah kereta lain yang disyaki terbabit dalam satu kejadian jenayah.

"Anggota bertugas mengekori kenderaan itu yang mula dikesan di Kilometer 169, arah Selatan dan sudah mengarahkan suspek supaya berhenti, tetapi mereka terus memecut kenderaan berkenaan.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta itu bertindak masuk ke lorong kecemasan sebelum tiba-tiba bertukar ke lorong kiri sehingga menyebabkan kereta peronda tidak sempat mengelak mangsa," katanya menurut laporan.

Pihak polis turut membantu urusan pengebumian mangsa termasuk mengiringi proses penghantaran jenazah ke kampung halaman di Pasir Puteh, Kelantan.

"Jenazah tiba kira-kira pukul 12 tengah hari tadi untuk dikebumikan," katanya yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. - Siakapkeli.my

polis2.jpg

polis3.jpg

polis4.jpg

polis.jpg

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post