(Video) ‘Tok Yie’ Mengamuk Di Balai Polis Guna Parang
(Video) ‘Tok Yie’ Mengamuk Di Balai Polis Guna Parang |
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, lelaki yang berusia 29 tahun yang datang bersama seorang rakannya itu terlebih dahulu meminta izin untuk tidur di balai polis berkenaan dengan alasan dirinya terancam.
Namun suspek secara tiba-tiba naik angin dan dalam masa yang sama turut memaki hamun anggota bertugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat sambil membuat rakaman video menggunakan telefon bimbitnya.
Keadaan kemudiannya menjadi agak tegang apabila suspek mengugut untuk melemparkan kerusi ke arah anggota terbabit namun tidak berbuat sedemikian sambil anggota polis itu cuba menenang suspek.
Dia yang tidak mengendahkan pujukan itu kemudiannya mengarahkan anggota terbabit untuk menghubungi ketua balai berkenaan kerana suspek mahu berjumpa tetapi berubah fikiran lalu beredar dari balai polis berkenaan.
Tidak lama kemudian, kira-kira jam 7.20 pagi, suspek datang semula ke balai berkenaan bersama empat rakannya dan lebih mengejutkan mereka dikatakan membawa parang.
Berikutan itu, sekumpulan anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang bertindak menahan kelima-lima suspek termasuk merampas sebilah parang yang dikatakan diletakkan di atas lantai.
Sementara itu, Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan dan kelima-lima suspek berumur 22 hingga 41 tahun itu kini ditahan.
“Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.
Tolong bgtau persatuan kita semua iatu ak …ak
Tolong bgtau persatuan kita semua iatu ak ...ak sumpah ustaz azhar sapew brani mgamuk dan semua negara akn tersebar
Posted by Ayie Lanun on Saturday, March 5, 2016
Post a Comment