TMJ Minta PM Sampaikan Pesan "Mana Duit"

TMJ Minta PM Sampaikan Pesan "Mana Duit"

TMJ Minta PM Sampaikan Pesan 'Mana Duit'

TMJ Minta PM Sampaikan Pesan 'Mana Duit'
TMJ Minta PM Sampaikan Pesan 'Mana Duit'

Selepas menerima imbuhan RM1 juta daripada kerajaan pusat kerana menjuarai Piala AFC 2015, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan pesanan khusus kepada penganjur Liga Malaysia.




Tunku Ismail berkata, beliau lebih gembira jika Najib dapat menyampaikan pesanan kepada FAM dan Ketua Pegawai Eksekutif Usahawan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam.

"(Ini) berkenaan wang hak penyiaran yang masih tertunggak kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Premier.

“(Di) manakah wang RM1 juta atau RM2 juta yang sepatutnya diagihkan ke setiap pasukan?

"Sut-sut pegawai FAM dan FMLLP semakin mahal, tetapi tunggakan kepada pasukan tidak dilunaskan," kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers.

Terdahulu, Najib menyampaikan sumbangan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di majlis perasmian projek harta tanah Forest City, Iskandar Puteri semalam.

JDT muncul kelab pertama Malaysia dan pertama di Asia Tenggara meraih piala itu setelah mengalahkan kelab Tajikistan, FC Istiklol, 1-0 pada perlawanan akhir di gelanggang lawan Oktober lalu.

Sumber - MalaysiaKini




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post