TERKINI ! Murid Yang Dipaksa Potong Lidah Sendiri BERANI MATI Dedah Punca Sebenar Kejadian ! Masak La Korang Nanti !
TERKINI ! Murid Yang Dipaksa Potong Lidah Sendiri BERANI MATI Dedah Punca Sebenar Kejadian ! Masak La Korang Nanti ! |
KLANG – Dalam satu kejadian buli yang disifatkan paling tragis pernah berlaku, seorang murid tahun dua, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, dipaksa memotong lidahnya sendiri di sebuah sekolah rendah di sini.
Dia mendakwa dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama ketika waktu rehat.
Menurut Muhammad Alif Shukran, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.45 petang Khamis lalu semasa dia ke tandas berseorangan.
Ketika hendak keluar dari tandas, dia ditahan oleh murid-murid tersebut yang memaksanya menggunting lidah sendiri.
‘‘Saya terpaksa mengikut arahan mereka kerana takut ditumbuk,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Tinggi di sini hari ini.
Dalam keadaan berlumuran darah dan menangis kerana kesakitan, Muhammad Alif Shukran kembali ke kelas manakala kesemua murid berkenaan melarikan diri.
Bagaimanapun, jelasnya, dia tidak dapat mengecam murid yang memaksanya melakukan perbuatan tersebut kerana kesemua mereka memakai topeng kertas.
Muhammad Alif Shukran mendakwa, dia sebelum ini sering dibuli termasuk ditumbuk oleh murid-murid lain.
Sementara itu, ibu mangsa, Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata, dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira pukul 6 petang sebelum bergegas ke sekolah.
Dia kemudiannya menghantar Muhammad Alif Shukran mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Katanya, akibat kejadian itu, lidah anaknya putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan.
“Doktor bagaimanapun mengesahkan ia tidak memberi kesan apa-apa kerana hanya sebahagian kecil yang terpotong tetapi bahagian yang terpotong itu tidak akan tumbuh semula.
“Keadaan anak saya kini juga telah stabil dan dia tidak takut ke sekolah. Dia hanya boleh makan makanan yang lembut dan minum menggunakan penyedut,” jelasnya.
Siti Nurhuda mendakwa, sebelum ini dia telah memaklumkan kepada pihak sekolah yang anaknya sering dibuli, tetapi tiada tindakan diambil sehinggalah kejadian ini berlaku.
‘‘Sebelum ini, saya pernah ke sekolah dan berjumpa beberapa murid yang membuli anak saya selepas mendapati mata anak saya lebam,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti murid yang terlibat serta punca kejadian.
Post a Comment