TERBONGKAR ! Akhirnya Tun Mahathir Dedah AGENDA 'Rayani Air' Yang Cuba Mempermainkan ISLAM ! Allahuakabar !
TERBONGKAR ! Akhirnya Tun Mahathir Dedah AGENDA 'Rayani Air' Yang Cuba Mempermainkan ISLAM ! Allahuakabar ! |
KUALA LUMPUR - Rayani Air memperkenalkan konsep syarikat penerbangan patuh syariah hanya untuk mendapat keuntungan menggunakan agama Islam, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, lapor Free Malaysia Today.
"Kita dapati, pemiliknya bukan orang Islam, jadi orang bukan Islam yang patuh pada ajaran agama Islam ada juga. Dia dapat keuntungan dari agama Islam. Sekarang ini macam-macam benda orang cari keuntungan daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam.
"Tidak payah (ambil tindakan yang sama seperti Rayani Air). Saya tengok, syarikat penerbangan Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain?" katanya.
Mengulas mengenai dakwaan Mufti Perlis, pramugari MAS menghidangkan arak kepada penumpang, Tun Mahathir berkata, MAS sudah lama berhenti berbuat demikian.
"Tidak ada, tidak hidang alkohol lagi. MAS sudah lama berhenti dan benda itu tidak sepatutnya timbul. Negara Islam dan penduduknya 100% Islam juga tidak suruh buat seperti itu (henti hidang alkohol sewaktu penerbangan).
"Kita hendak menunjuk yang kita ini lebih Islam dari mereka. Orang yang tak pakai tudung pun Islam juga, orang yang buat dosa juga Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengata orang itu bukan Islam. Adakah melayan penumpang dengan bertudung menunjukkan kita lebih Islam?" soalnya dalam wawancara eksklusif bersama FMT.
Post a Comment