“Teacher pernah makan chicken chop? “Erm, pernah. Kenapa?”kisah menyentuh perasaan
“Teacher pernah makan chicken chop? “Erm, pernah. Kenapa?”kisah menyentuh perasaan |
Erti Sedap Bagi Seorang Anak Penoreh Getah Buat Gurunya Sebak
Kisah ini telah diceritakan oleh Cikgu Najihah Rahman tentang muridnya yang telah datang berjumpa dengan beliau sewaktu di dalam kelas.
Ia hanyalah satu perbualan santai yang biasa-biasa saja namun begitu menyentuh hati sesiapa yang membaca. Ikuti kisah penuh pengajaran ini.
Ada sorang murid lelaki di kelas saya siapkan kerjanya lebih awal berbanding yang lain. Dia datang ke meja untuk saya semak kerjanya. Sambil tu dia bertanya:
“Teacher pernah makan chicken chop?”
“Erm, pernah. Kenapa?”
“Sedap kan? Sedap sangat sangat sangat. Semalam baru saya makan”.
“Wah, makan chicken chop. Sedapnya”
“Tak pernah makan pun sebelum ni. Mak dapat jual getah banyak. Boleh la rasa”. Dia senyum.
“Alhamdulillah, berapa ringgit duit belanja bawak ke sekolah?”
“Kadang-kadang bawak 1.50 atau 1.00 atau 50 sen”.
“Mak bagi ikut hari ke macam mana?”
“Ikut keadaan getah. Kalau getah sikit, murah, bawak duit sikit. Kalau getah mahal, banyak dapat kutip, banyak la sikit belanja.”
“Oh, kalau mak bagi duit sikit, awak marah tak?”
“Tak, saya faham. Saya boleh makan RMT kat kantin”.
Terdiam lama. Saya pandang muka dia. Anak kecil berhati emas.
“Mak pergi kerja pukul berapa setiap hari?”
“Pukul 6. Teacher tahu tak, kalau getah banyak saya dapat upah. Mak ajak toreh dan kutip getah”.
(Pada umur 26 tahun saya sendiri masih tak reti nak motong getah. Shame on me)
“Berapa dapat upah tu?”
“Tiga ringgit” sambil tersenyum lebar.
“Kalau harijadi awak, biasanya sambut ke macam mana?”
“Kalau mak ada duit, mak beli kek kecik. Kalau mak tak ada duit, mak belanja makan. Boleh mintak nasi lemak telur dengan ayam”.
Murid saya yang baik. Dia tak pernah ponteng sekolah dan prestasinya bagus dalam hampir kesemua subjek. Saya tertanya-tanya bagaimana ibubapanya mendidik hingga dia mempunyai sikap sebaik ini.
Teacher berdoa semoga hidupmu sentiasa dirahmati. Terima kasih untuk pelajaran hari ini.
Kadang kala kita tidak bersyukur meski pun Allah telah berikan kita rezeki nasi lemak telur dengan ayam setiap hari. Lihatlah di sekeliling, pasti ada yang kurang bernasib baik.
cc---http://bicaranetwork.blogspot.com
Post a Comment