Setelah dihentam teruk netizen dan menteri, Rayani Air mohon maaf kerana batalkan penerbangan
Setelah dihentam teruk netizen dan menteri, Rayani Air mohon maaf kerana batalkan penerbangan |
Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air yang menjadi tumpuan susulan pembatalan beberapa penerbangannya memohon maaf, hari ini.
Menurut kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook sebentar tadi, Rayani Air memberitahu pembatalan penerbangan itu atas faktor teknikal.
Setelah dihentam teruk netizen dan menteri, Rayani Air mohon maaf kerana batalkan penerbangan
Setelah dihentam teruk netizen dan menteri, Rayani Air mohon maaf kerana batalkan penerbangan
“Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang melanda baru-baru ini.
“Kesilapan menambah pengalaman dan pengalaman mengurangkan kesilapan. Kami akan lakukan yang terbaik. Terima kasih kerana terbang bersama Rayani Air,” katanya.
Beberapa hari ini, media sosial dibanjiri dengan kemarahan penumpang Rayani Air yang terkandas gara-gara penerbangan yang sepatutnya dinaiki dibatalkan.
Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki turut menegur syarikat penerbangan tambang murah itu atas kejadian tersebut.
Sumber : Sinar
Post a Comment