Serius!! Berita Menyakitkan Kepada Perokok-Perokok Di Malaysia

Serius!! Berita Menyakitkan Kepada Perokok-Perokok Di Malaysia

Serius!! Berita Menyakitkan Kepada Perokok-Perokok Di Malaysia

Serius!! Berita Menyakitkan Kepada Perokok-Perokok Di Malaysia
Serius!! Berita Menyakitkan Kepada Perokok-Perokok Di Malaysia
Serius!! Berita Menyakitkan Kepada Perokok-Perokok Di Malaysia



British American Tobacco Malaysia Berhad (BAT Malaysia) akan menutup kilangnya di sini, susulan kemerosotan penjualan rokok, kehadiran rokok seludup di pasaran dan cukai tinggi dikenakan kerajaan.

Dalam kenyataannya hari ini, pengeluar rokok terkemuka itu berkata, penutupan kilang berkenaan juga adalah sebahagian penstrukturan semula syarikat bagi menghadapi cabaran persekitaran perniagaan.

BAT Malaysia menjelaskan, cukai rokok meningkat sebanyak 110% dalam tempoh lima tahun ini, menyebabkan kos pengeluaran naik mendadak.

Sementara itu, rokok seludup sudah menguasai lebih 40% pasaran tembakau di negara ini, menyebabkan keputusan menutup kilang terpaksa dilakukan.

Kenyataan itu menyebut, penutupan operasi kilang akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka tutup sepenuhnya pada tahun depan.

Seramai 230 kakitangan BAT Malaysia yang terjejas dengan penstrukturan semula itu akan diberi pampasan dan faedah lain serta mendapat pilihan untuk menyertai program peralihan karier.

BAT Malaysia mengeluarkan rokok jenama Dunhill, Peter Stuyvesant dan Pall Mall, juga ada sumber produk tembakau untuk syarikat pengeluar tembakau lain di rantau ini.


Rokok haram buat Dunhill tutup kilang di PJ

Syarikat pengeluar rokok utama British American Tobacco (BAT) akan menutup kilangnya di Petaling Jaya.

Operasinya dikecilkan secara berperingkat sebelum penutupan pada 2017, menurut syarikat itu dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam.

Katanya, keputusan itu terpaksa diambil susulan kenaikan jualan rokok haram. Penutupan kilang itu akan menjejaskan 230 pekerja.

Mereka bagaimanapun diberi manfaat pemberhentian kerja dan pilihan untuk menjalani program pertukaran kerja.

BAT, pengeluar Dunhill, Peter Stuyvesant and Pall Mall, berkata akan mendapatkan bekalan rokok daripada syarikat-syarikat Kumpulan BAT di rantau ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post