Ramai TERKEJUT Najib Berani Cakap Macam Ni Lepas Tun Mahathir Umum Keluar UMNO. Serius Ke Ni ?

Ramai TERKEJUT Najib Berani Cakap Macam Ni Lepas Tun Mahathir Umum Keluar UMNO. Serius Ke Ni ?

Ramai TERKEJUT Najib Berani Cakap Macam Ni Lepas Tun Mahathir Umum Keluar UMNO. Serius Ke Ni ?

Ramai TERKEJUT Najib Berani Cakap Macam Ni Lepas Tun Mahathir Umum Keluar UMNO. Serius Ke Ni ?

Ramai TERKEJUT Najib Berani Cakap Macam Ni Lepas Tun Mahathir Umum Keluar UMNO. Serius Ke Ni ?

KUALA LUMPUR: Pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad dari keahlian UMNO untuk kali kedua nyata tidak membawa kesan kepada parti malah Presiden parti meminta setiap ahlinya untuk terus menumpukan agenda pembangunan negara.


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO mempunyai banyak agenda untuk rakyat yang masih belum selesai.

"Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya UMNO lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Malaysia di Jeddah sebagai mengulas pengumuman Dr Mahathir keluar UMNO pada 29 Februari lepas disebabkan tidak berpuas hati dengan parti.

Jelas Najib, impak tindakan Dr Mahathir itu hanya berlaku sekali sahaja dan ianya tidak akan berulang lagi.

"Mungkin tidak, kerana biasanya kalau kita nak keluar daripada parti, kesannya (bila ia dilakukan) kali pertama.

"Tapi bila dah buat dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan UMNO," katanya.

Kali pertama Dr Mahathir keluar dari UMNO adalah pada tahun 2008 sebagai tanda protes terhadap keengganan Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Najib turut ditanya samaada beliau bimbang ada dari kalangan pemimpin UMNO akan turut menyertai Dr Mahathir keluar parti.

"Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan UMNO ini akan kita pastikan. Maknanya pemimpin yang komited kepada UMNO dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan UMNO," tegasnya.

Kata Najib, UMNO merupakan sebuah parti berpegang kepada prinsip demokrasi dan beliau dipilih sebagai Presiden parti menggunakan prinsip sama.

"Tapi kita bukanlah parti yang menolak dia, dan saya bukanlah pemimpin yang memikirkan tentang kedudukan saya sahaja seperti yang didakwa kerana yang perlu kita fahami ialah saya dipilih oleh proses demokrasi yang paling terbuka dalam sejarah UMNO.

"Iaitu 160,000 perwakilan UMNO memilih saya, bukan menggunakan perlembagaan lama, perlembagaan lama dulu banyak kekangannya misalnya kalau nak bertanding jawatan presiden, 56 bahagian kena calonkan seseorang itu.

"Tapi pada pemilihan UMNO (yang lepas) ia paling terbuka sekali dalam sejarah, maknanya apa yang saya dapat hari ini ialah mandat daripada perwakilan UMNO yang begitu terbuka berasaskan kepada prinsip demokrasi," katanya.

Mengulas mengenai tuduhan Dr Mahathir yang disifatkan boleh menjejaskan prestasi negara, Najib menjelaskan apa yang penting ketika ini adalah untuk mempertahankan UMNO dan kerajaan.

"Yang kedua ialah kita mesti tunjuk apa saja yang dilakukan oleh sesiapa termasuk Tun tidak akan mengalih pandangan kita daripada agenda utama iaitu untuk terus membangunkan negara termasuk ekonomi negara kita," katanya lagi.


via DBK



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post