MELOYAKAN! Lelaki Makan Daging Sendiri Untuk Tahu Rasa Daging Manusia
MELOYAKAN! Lelaki Makan Daging Sendiri Untuk Tahu Rasa Daging Manusia |
Eeeeeeii MELOYAKAN! Itulah yang boleh digambarkan apabila seoarang lelaki bertindak nekad untuk memotong sedikit daging di bahagian kakinya dan kemudian memasak daging itu dan memakannya.
Macam-macamlah mat salleh ni kan? Haihh! Menurut lelaki itu, dia mendapati rasa daging manusia adalah antara daging babi dan kambing namun baunya lebih kepada daging lembu.
Ujikaji itu dijalankan oleh wartawan Greg Foot, yang mengambil sedikit otot dari betisnya dan menguji cebisan berkenaan di dalam makmal.
Tujuannya adalah bagi memastikan bahawa otot betis mengandungi fiber yang boleh diperolehi pada bahagian dada ayam dan daging lembu.
Ini kerana makan daging manusia, walaupun daging sendiri adalah salah disisi undang-undang.
“Baunya agak menarik…ia lebih berair daripada daging babi atau ayam,’’ katanya.
Meskipun makan daging manusia adalah salah di sisi undang-undang pada masa kini namun satu buku kanibalise perubatan mendedahkan pada penghujung abad ke-18, kerabat Britain telah menelan sebahagian badan manusia.
Penulis buku itu mendakwa ia bukannya amalan yang dilakukan oleh raja-raja namun ia tersebar di kalangan golongan berada di Eropah dan Amerika.
Post a Comment