Lelaki Ini Luah Rasa Sedih, Isteri Yang Dikahwini Tak Pandai Memasak ! Tapi MENGEJUTKAN Berlaku !!!

Lelaki Ini Luah Rasa Sedih, Isteri Yang Dikahwini Tak Pandai Memasak ! Tapi MENGEJUTKAN Berlaku !!!

Lelaki Ini Luah Rasa Sedih, Isteri Yang Dikahwini Tak Pandai Memasak ! Tapi MENGEJUTKAN Berlaku !!!

Lelaki Ini Luah Rasa Sedih, Isteri Yang Dikahwini Tak Pandai Memasak ! Tapi MENGEJUTKAN Berlaku !!!

Lelaki Ini Luah Rasa Sedih, Isteri Yang Dikahwini Tak Pandai Memasak ! Tapi MENGEJUTKAN Berlaku !!!

"sedihnya, selepas bertunang barulah saya tahu dia tidak pandai memasak langsung. Dahulu, semasa merisik tak semak betul-betul. Aduhai nasib.. [BACA PENUH]"



Kalau dulu, kalau perempuan tak pandai masak memang akan menjadi bahan dan dimarahi oleh ibunya. Bertambah teruk dan malu bila bakal suami mengetahui isteri tak pandai masak.

Tetapi itu dulu, sekarang berlainan pula persepsinya.

Zaman sekarang, perempuan/isteri tak pandai masak bukanlah satu masalah. Banyak dapur-dapur di luar sana sedia menanti pelaburan wang dari suami ataupun isteri. Cakap nak makan apa saja, pasti akan dihidangkan segera.

Namun, sampai bila nak makan luar? Duit yang banyak pun boleh susut juga kalau tak nak belajar memasak.

Baca perkongsian dari lelaki ini yang menerima seadaanya isterinya tidak pandai masak. 

Saya mengenali isteri saya sudah lama, semenjak 2004 semasa berada di matrikulasi UIA lagi. Walaupun jurusan berlainan, tetapi kami berpeluang mengenali satu sama lain kerana dia adalah antara pelajar yang menyertai kelas Bahasa Arab saya.

Saya mengambil jurusan kejuruteraan, manakala isteri pula mengambil jurusan Bahasa Arab. Peliknya, saya merupakan pelajar jurusan kejuruteraan yang mengajar Bahasa Arab kepada pelajar Bahasa Arab. Pelik bukan?

kelas-barab.png

Lebih kurang seramai 40 orang pelajar telah menyertai kelas tambahan saya yang mana kebanyakannya daripada jurusan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu. Boleh dikatakan kelas ini majoritinya disertai oleh kumpulan ustazah.


BERAZAM KAHWIN AWAL

Semasa di matrikulasi lagi, saya sudah memasang matlamat untuk berkahwin awal apabila memasuki kampus utama. Saya hendak berkahwin semasa masih belajar lagi.

Namun, calon isteri pada masa itu masih belum ada. Cuma angan-angannya sahaja. 

Kewangan? Saya tidak fikirkan sangat sebab yakin dengan asbab perkahwinan Allah yang bagi rezeki.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan 'memberi kekayaan' kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.- Surat An-Noor: 32

Saya mula mengumpul wang sedikit demi sedikit dengan hasil jualan prepaid telefon bimbit di matrikulasi.

Alhamdulillah, perniagaan agak maju. Dari situlah saya dapat mengumpul sedikit wang.

Apabila masuk ke kampus utama di Gombak, saya bekerja mengajar pelbagai subjek untuk tuisyen di rumah. Saya mula dengan meminjam motosikal kawan untuk pergi mengajar. Lama juga saya meminjam motosikalnya sehingga kadang-kadang rasa bersalah takut dimarahi disebabkan asyik meminjam. 

Akhirnya saya buat keputusan untuk membeli sebuah motosikal terpakai dan kereta kemudiannya.


MULA MENCARI CALON ISTERI

Apabila pendapatan bulanan sudah banyak dan stabil, saya mula mencari calon isteri. Calonnya banyak sebab geng-geng 'Ustazah Pilihan' ramai yang menyertai kelas saya. Ini memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat. 

Akhirnya saya telah memilih seorang yang terbaik pada pandangan saya.

Tetapi saya tidak mahu membuat keputusan itu sendirian. Saya meminta pendapat adik perempuan saya yang juga belajar di UIA sama ada pilihan saya baik ataupun tidak. 

Alhamdulillah, adik saya menyatakan ianya baik. 

Tekad dengan pilihan hati, saya meminta bantuan orang tengah untuk memberitahu niat saya untuk menjadikan Widyana Ali sebagai isteri. 

Jika dia suka, maka dia kenalah bersetuju untuk berkahwin dalam masa setahun. Kalau tidak, maka saya akan mencari calon lain.

Alhamdulillah dia suka dan bersetuju.

Saya menelefon ibunya dan berbincang mengenai hal ini beberapa kali. Ibunya bersetuju dan kami pun bertunang.

Selepas bertunang, barulah saya tahu bahawa dia sudah lama berdoa agar mendapat jodoh dengan insan yang bernama Mohd Yazid Ismail. Sejak dari matrikulasi rupanya. Patutlah dari banyak-banyak calon,sayalah menjadi pilihannya. Inilah berkat doa. 


SEDIH! ISTERI TAK PANDAI MEMASAK!

Tetapi alangkah sedihnya, selepas bertunang barulah saya tahu dia tidak pandai memasak langsung. Dahulu, semasa merisik tak semak betul-betul. Aduhai nasib.. nasib..

Risau juga pada awalnya, disebabkan tidak pandai memasak, kebiasaannya mempunyai kaitan dengan sifat yang lain iaitu kurang sifat keibuan dan urusan rumah tangga. Tetapi saya cuba berfikir secara positif yang semua itu boleh dipelajari. Tidak semestinya seseorang perempuan itu kena pandai memasak sebelum berkahwin.

Apabila sudah berkahwin, barulah saya tahu bahawa kemahiran memasak ini tidak perlu pandai. Semua perkara ini boleh dicari menerusi Google. Cuma baca, sediakan bahan-bahan dan ikut saja langkah-langkah yang diberikan. Akhirnya siap satu hidangan.


TAK PANDAI MEMASAK ATAU MALAS MEMASAK? 

Jadi, zaman sekarang istilah tidak pandai memasak ini lebih menjurus kepada malas memasak. Seseorang itu malas memasak dan bukan disebabkan tiada kemahiran memasak. 

Boleh saja memasak dengan bantuan tutorial dari telefon bimbit. Mudah!

Jadi peringatan kepada para isteri, jangan jadikan alasan tidak pandai memasak untuk tidak memasak. Alasan seperti itu sudah tidak masuk akal. 

Adik-adik di universiti, kalau hendak berkahwin, pastikan ekonomi diri sendiri stabil dahulu. Tidak perlu kaya tetapi asalkan stabil. 

Terima seadanya apa saja kekurangan pasangan kita. - Yazid Ismail



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post