Kisah Benar ! PADAH Bercinta Sesama Jenis, Wanita Ini Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai MATI !
Kisah Benar ! PADAH Bercinta Sesama Jenis, Wanita Ini Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai MATI ! ALLAH HUAKHBAR!! |
ALOR SETAR – Seorang wanita berperwatakan seperti seorang lelaki yang bertindak menikam bertubi-tubi teman rapatnya sehingga maut akibat cemburu tahun lalu akhirnya dijatuhkan hukuman mati.
Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Ooi Ai Peng, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Ai Peng yang bekerja sebagai penjaga stor disabitkan bersalah membunuh Suhana Mohd. Shariff, 26, yang juga merupakan rakan sekerjanya di belakang rumah kedai, Taman Kristal di sini kira-kira pukul 10 malam, 3 Mac tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim berkata, mahkamah mendapati semua keterangan pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian dan keterangan difikirkan kemudian (after thought).
Katanya, tertuduh dalam pembelaannya memberitahu mangsa bertindak menikamnya terlebih dahulu sebelum tertuduh merampas pisau lalu tertikam mangsa ketika bergelut untuk mempertahankan diri.
Kejadian berlaku di dalam kereta si mati yang mana tertuduh berada di tempat pemandu manakala si mati duduk di kerusi penumpang hadapan.
“Selepas diteliti, kecederaan tertuduh iaitu di bahagian hadapan kedua-dua pergelangan tangan dengan kesan garis lurus dilakukan tertuduh sendiri selepas dia bertindak menikam badan sendiri,” katanya.
Zakiah berkata, kecederaan pada mangsa pula adalah antaranya luka di ibu jari kiri, tikaman di tangan kanan serta hujung bawah lengan kanan serta luka hirisan sepanjang 4.5 sentimeter pada paha kiri.
“Melihat kecederaan si mati, kita dapati tertuduh cederakan si mati dan si mati cuba mempertahankan diri sebelum keluar dari kereta untuk meminta pertolongan.
“Jadi, pembelaan tertuduh yang mengatakan dia cuba mempertahankan diri tidak diterima kerana ada saksi yang melihat tertuduh menikam si mati sebelum tikam diri sendiri,” ujarnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud sementara tertuduh diwakili peguam, Burhanudeen Abdul Wahid.
Dalam pada itu, ibu kepada Allahyarham Suhana, Zaharah Idrus, 60, ketika ditemui di luar kamar mahkamah bersyukur kerana pembunuh anaknya menerima hukuman setimpal.
“Setiap malam saya berdoa agar pembunuh anak mak cik mendapat balasan setimpal dan hari ini doa itu dimakbulkan,” jelasnya.

Post a Comment