"Jadilah Seperti Cynthia!" – Guru Ini Minta Ameera Contohi Murid Asrama Luar Bandar
"Jadilah Seperti Cynthia!" – Guru Ini Minta Ameera Contohi Murid Asrama Luar Bandar |
Tidak dinafikan, netizen masih terkesan dengan isu ‘kutuk sekolah kerajaan’ yang dicetuskan oleh adik Neelofa bernama Ameera pada bulan lepas.
Bukan sahaja ibu bapa dan pelajar sekolah kerajaan yang naik angin dengan kenyataan perbandingan berani Ameera, namun golongan profesional seperti guru turut merasai tempiasnya.
Justeru, kami kongsikan pengalaman seorang guru yang bertugas di asrama kawasan luar bandar Sarawak tentang pertemuannya dengan murid yang terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga walaupun masih kecil dan bertatih untuk mengenal hidup.
Jom kita baca kisahnya.
Nama dia Cynthia Mili. Baru berumur 7 tahun. Tinggal di asrama. Kecil tubuhnya. Saya melihat dia dari jauh. Mula mula dia main belalai (menyorok) dengan kawan kawannya.
Semasa dia lalu dibawah ampaian dia mengutip 2 helai seluarnya yang terjatuh di tanah.
Sambil membawa seluar yang saya jangkakan kotor dengan perlahan dia melangkah ke tempat cuci.
Tangannya cuba membuka paip tapi sayang tiada air pada waktu itu. Dia terus membawa seluar kotor di tangki air simpanan. Disitu dia membuka paip dan mula.mengosok seluar kotornya.
Sesekali dia meletakkan sedikit sabun dan membersihkan sekali lagi. Selesai membilas dia pergi semula.ke penyidai dan menyidai semula.
Saya memanggilnya. Dia datang mengadap saya dalam.wajah agak gusar.
“Siapa nama kamu?” Tanya saya.
“Cynthia Mili,” jawabnya.
” Kampung kamu dimana?” Soal saya lagi.
“Batu Besai,” Jawabnya.
“Seronok tinggal ba asrama,?” Tanya saya lagi.
Dia merenung jauh ke arah rakan rakannya yang bermain. Tanpa menjawab dia hanya mengangguk. Saya hanya melihat wajahnya yang bungkam seketika.
“Belajar manah manah auk,” Saya menasihatinya.
Itulah Cynthia. Murid seperti dia sentiasa silih berganti setiap tahu mengisi asrama sekolah luar bandar di sarawak.
Mereka bukan sahaja belajar mengenal abc atau 123 atau membaca serta mengira.
Namun mereka belajar erti hidup. Belajar mengurus diri. Belajar untuk saling bergantung dan percaya pada kawan kawannya. Belajar bahawa hidup ini perlu ada kawan.
Murid seperti cynthia dan lisyana akan membesar dengan sikap yang berani, rajin dan tidak menyusahkan orang lain.
Patutlah ramai bekas murid yang berasal dari Sarawak boleh hidup senang di Semenanjung hatta diluar negara sendirian.
Mereka umpama benih subur. Dihanyut kelaut jadi pulau. Di lempar ke tanah jadi dusun.
Semoga kamu terus kuat Cynthia. Masamu masih panjang. Semoga jadi pengajaran buat anak anak bandar agar lebih menghargai kesenangan hidup. Ketahuilah kesenangan yang kamu kecapi seharusnya dibalas dengan rajin membantu ibubapa dan belajar bersungguh sungguh.
Moga Allah lindungi kamu Cynthia. Cikgu belajar sesuatu dari kamu. Terima kasih.
Semoga adik artis meletop yang terkenal membandingkan sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa membaca kisah ini. Bersyukurlah hasil didikan dan pengalaman hidup Di asrama tidak menghasilkan generasi yang sombong seperti beliau. – Bila Cikgu Emmet menulis
Post a Comment