Hisham ucap tahniah dan takziah kepada Muhyiddin
Hisham ucap tahniah dan takziah kepada Muhyiddin |
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengucap tahniah kepada Tan Sri Muhyddin Yassin kerana pernah ditawarkan jawatan Yang Dipertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Naib Presiden UMNO itu juga mengucapkan takziah kepada Muhyiddin kerana menolak tawaran kedua-duanya jawatan itu.
“(Tentang) Tawaran saya ucap tahniah, penolakan saya ucap takziah,” katanya ketika diminta mengulas pendedahan yang dibuat Muhyiddin di Kota Tinggi, baru-baru ini.
Hishammuddin ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, semalam.
Muhyiddin dalam satu ceramah pada 21 Mac lalu, mendedahkan beliau menolak tawaran itu kerana tidak mahu mempersiakan prinsip perjuangan dan tidak mahu dianggap ‘makan dedak’ (mudah dibeli).
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin enggan melayan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM2.6 billion kerana mendakwa Datuk Seri Najib Razak menyalahguna kuasa.
“Yang paling baik adalah terus melihat ke hadapan. Kalau terus dilayan, tak jadi kerja kita.
“Yang penting kita sediakan perancangan dan telus dengan rakyat. Akhirnya rakyat boleh nilai sendiri siapa yang betul-betul ikhlas (bantu takyat) dan apa tujuan pihak tertentu mencari hal dengan kita,” katanya lagi.
Post a Comment