Empat minit awal sampai ke hospital selamatkan nyawa Ustaz Kazim Elias

Empat minit awal sampai ke hospital selamatkan nyawa Ustaz Kazim Elias

Empat minit awal sampai ke hospital selamatkan nyawa Ustaz Kazim Elias

Empat minit awal sampai ke hospital selamatkan nyawa Ustaz Kazim Elias
Empat minit awal sampai ke hospital selamatkan nyawa Ustaz Kazim Elias
“Empat minit awal sampai ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian menyelamatkan nyawa saya,” demikian cerita pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias yang diserang sakit jantung akhir bulan lalu.
Ustaz Kazim berkata, sekiranya beliau tiba lewat di hospital berkenaan banyak risiko boleh berlaku termasuk lumpuh, kematian sel otak dan strok.


“Saya bersyukur saya menamatkan ceramah saya awal dalam tempoh lima hingga tujuh minit dan berterima kasih kepada Klinik Kesihatan Gunong kerana membawa saya ke hospital dengan kadar segera.

“Saya tidak sangka saya kena serangan jantung memandangkan saya seorang yang mengamalkan pemakanan sihat dan kuat bersenam,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Mohd Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok, Kelantan pada 9.30 malam, 19 Februari lepas.

Bercerita lebih lanjut, Mohd Kazim berkata, berdasarkan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan tahun lepas tidak menunjukkan sebarang masalah terutama jantung.

“Imbasan elektrokardiogram, ujian darah semuanya sihat, tidak ada masalah jantung,” katanya sambil menambah bebanan kerja menjadi salah satu punca serangan jantung.

Mohd Kazim berkata, laporan doktor menunjukkan kesihatan beliau kini semakin bertambah baik, kecuali otot bahagian jantung yang terluka semasa serangan jantung masih belum pulih.

“Ia menyebabkan pergerakan agak terbatas, saya tidak boleh bergerak laju dan pantas. Saya bercakap pun tidak boleh laju dan mungkin mengambil masa,” katanya.

Mengenai Pusat Pendidikan Al-Barakah, Mohd Kazim berharap agar kerajaan Negeri dapat mengambil alih dan menjadikan ia maahad tahfiz berasrama penuh supaya semua urusan berjalan dengan baik dan lancar.

Selain faktor kesihatan, Ustaz Kazim berkata beliau juga tidak mampu menanggung keseluruhan operasi pusat itu yang mencecah sehingga RM200,000 setiap bulan.

Sumber : FMT






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post