Dato Seri Vida Punca Prestasi Pasukan Kelantan Jatuh??
![]() |
Dato Seri Vida Punca Prestasi Pasukan Kelantan Jatuh?? |
Panas! Panas! Ada seorang pemain skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) dengan berani telah tampil mendedahkan ada ‘tangan hitam’ mencampuri urusan pentadbiran skuad PQPTRW, sehingga menyebabkan pemain-pemain tidak selesa dan menjadi punca persembahan hambar yang dipamerkan dorang sepanjang kempen Liga Super setakat ini.. Urmm, siapalah tangan hitam yang dimaksudkan pemain tu yer??
Pemain tu yang tak nak nama dia didedahkan mengatakan, kelemahan tu berlaku apabila wujudnya campur tangan oleh individu yang tidak berkelayakan dalam pengurusan pasukan Kelantan sehingga menyebabkan moral pemain jatuh.. Tambah pemain tu lagi, dia dan rakan-rakan sepasukan sejujurnya dah muak dengan situasi itu..
Mengejutkan lagi, pemain itu mengatakan individu berkenaan mengadu kat ketua jurulatih dorang iaitu K. Devan mengatakan pemain PQPTRW ada masalah disiplin.. Betul ke pemain PQPTRW ada masalah disiplin??
Individu berkenaan dikatakan cuba menimbulkan rasa kurang senang dan cuba menimbulkan ketegangan antara pemain dan ketua jurulatih.. Pemain itu agak risau lah kalau apa yang individu tu buat dapat mempengaruhi K. Devan untuk membuat perubahan ke atas pasukan..
Disebabkan itu, pemain itu menegaskan yang dorang sebenarnya tak ada sebarang masalah langsung pun dengan jurulatih, malah dorang dapat mengikuti setiap taktikal yang diterapkan sepanjang sesi latihan.. So, apa masalah individu tu nak menuduh dan memburuk-burukkan pemain PQPTRW?? Ada niat tertentu ke??
Selain itu, pemain tu turut mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa bagi mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah itu sebelum keadaan bertambah parah.. Melihat skuad tu sekarang berkeadaan dalam terumbang-ambing, pemain tu meminta Kafa membawa masuk semula bekas pengurus Azman Ibrahim untuk menguruskan semula pasukan tu..
Dia dan rakan-rakan pasukan dia merasakan yang Azman lebih layak dan dah ‘masak’ dengan bola sepak Kelantan.. Selain tu, mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan.. Dia yakin kalau Azman kembali semula ke pasukan tu, Kelantan akan akan bangkit dan kembali digeruni..
Aikss! Melihat cara pemain tu cerita macam ditujukan kepada Datuk Seri Vida jer?? Gara-gara Datuk Vida ke skuad beraksi hambar sepanjang permainan kali ini?? Yela, Datuk Vida kan penaja besar dalam skuad tu, macam-macam dah dia buat untuk pasukan tu.. Dorang tak tahan sebab kena selalu ikut telunjuk Datuk Vida ke?? -Utaranews.com
Post a Comment