Bekas Suami Elly Mazlein Terkilan Dituduh Punca Penceraian Angkara Pihak Ketiga!
Bekas Suami Elly Mazlein Terkilan Dituduh Punca Penceraian Angkara Pihak Ketiga! |
Berita penceraian Elly Mazlein ternyata mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya selepas bersalin cahaya mata pertama, Elly Mazlein sah cerai talak satu tahun lalu.
Namun begitu, punca sebenar penceraian mereka tidak diketahui tambahan pula Elly Mazlein ambil pendekatan 'mengunci mulut'. Sehinggalah kini timbul dakwaan mengatakan punca penceraian Elly Mazlein dan bekas suaminya Azma Hatta angkara pihak ketiga. Bagaimanapun Azmi Hatta tampil menegaskan ia bukanlah seperti yang didakwa.
Tambah Azmi, 40, lagi tuduhan mengaitkan dirinya dengan pelakon wanita iaitu Faye Kusairi adalah tidak berasas dan sangat tidak adil buat dirinya.
"Saya terkilan dengan tuduhan mengaitkan nama orang ketiga iaitu Faye Kusairi dalam hal rumah tangga kami, Faye tiada kena mengena dengan hubungan kami, apatah lagi sebagai punca perpisahan kami.
"Saya akui Faye pernah berlakon dengan saya tapi dalam masa penggambaran itu saya nikah dengan Elly.
"Adakah saya ini jenis lelaki yang teramat jahat permainkan perempuan lain dalam masa yang sama semua orang tahu saya sedang mendirikan rumah tangga? Saya ada akal yang waras untuk berfikir, " ujarnya.
Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan ruangan pojok akhbar mingguan bahawa perpisahannya dengan pelakon Elly Mazlein disebabkan orang ketiga iaitu Faye Kusairi.
Azmi berkata, dia juga menganggap dakwaan bekas isterinya itu yang menuduh dia cuba bermain kayu tiga sebagai terlalu kasar. Tambah beliau lagi dia terkilan dan simpati dengan nasib Faye kerana menjadi mangsa untuk menjatuhkan maruah dirinya.
"Kenyataannya dalam akhbar hari ini (Ahad) terlalu kasar buat saya, adakah disebabkan saya lelaki membuatkan persepsi menjadi berat sebelah, apa salah saya dan orang tidak tahu perkara sebenar.
"Saya bertanya kepada Elly kenapa dia mahu kaitkan Faye yang tidak bersalah? Saya juga simpati dengan nasib Faye kerana menjadi bahan untuk menjatuhkan maruah saya," ujarnya.
Faye Kusairi bukan punca perpisahan Elly Mazlein dan Azmi Hatta. |
Sementara itu mengulas tentang perpisahan yang terjadi, sejujurnya beliau sayangkan rumah tangga yang dibina malah pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkan perkahwinan mereka namun gagal.
Katanya, talak dijatuhkan dihadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 15 Oktober tahun lalu.
"Kami berpisah selepas mendapat khidmat nasihat beberapa pihak dan talak dijatuhkan di hadapan hakim ketika usia kandungan Elly berusia 10 bulan.
"Secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah dan saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah, tempoh edah yang ditetapkan bagi wanita hamil ialah hingga dia selamat bersalin.
"Dalam tempoh edah itu saya masih menjalankan tanggungjawab untuk menjaga dia dan kandungan dengan baik," ujarnya.
Azmi berkata perpisahan itu sangat berat baginya tambahan lagi perkahwinan yang dibina masih lagi baru malah tidak sampai setahun.
"Saya ralat, begitu juga keluarga saya kerana tidak sempat pun sambut ulang tahun perkahwinan lagi kami sudah berpisah.
"Saya juga terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar," ujarnya.
Untuk info, Azmi Hatta dan Elly Mazlein mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.
Post a Comment