15 FOTO: Wow ! Dato Siti Lelong Bajunya Yg Super Vogue ! Serendah RM100 Je ! Cantik Gila !
15 FOTO: Wow ! Dato Siti Lelong Bajunya Yg Super Vogue ! Serendah RM100 Je ! Cantik Gila ! |
Katanya kepada mStar Online:
Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat. Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya.Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru.Saya keluarkan pakaian itu seminggu ada dua kali, kadang-kadang ada mencapai 10 helai seminggu saya muat naik di Instagram.Baju yang ada kenangan sendiri saya akan simpan, saya hanya menjual baju yang saya pakai sekali atau dua kali sahaja. Ada juga baju kasual yang tidak muat lagi.Alhamdulillah, sejak saya mula buka akaun Instagram untuk penjualan baju-baju ini ramai peminat yang membelinya untuk koleksi mereka.
Akaun Instagram yang menggunakan handle @prelovedctdk11 itu kini mempunyai 17,600 pengikut dan ramai menunjukkan minat untuk membeli koleksi pakaian tersebut yang semuanya hanya dipakai sekali atau dua kali sahaja.
Mereka yang berminat bolehlah ke Instagram tersebut untuk meninjau dan membeli jika suka. Bagaimanapun, jangan jangkakan ada saiz-saiz plus untuk pakaian terpakai ini, semuanya saiz S atau M sahaja memandangkan Siti juga memang seorang bersaiz kecil.
Post a Comment