[Video] Polis Terima Rasuah RM60 Sempat Nasihat Pemandu
[Video] Polis Terima Rasuah RM60 Sempat Nasihat Pemandu |
Video berdurasi 2 minit 9 saat itu memaparkan kejadian di tepi jalan yang tidak diketahui lokasi tepatnya tetapi ia dikatakan berlaku di Cheras.
Menerusi rakaman tersebut, pemandu berkenaan bersama rakannya yang berada di dalam kereta seolah cuba memujuk anggota polis berkenaan agar menerima ‘bayaran khas’ selepas dipercayai melakukan kesalahan memotong laluan di garisan berkembar.
“Sekarang saya kasi last chance, satu ratus boleh? You mau bayar tiga ratus ka atau bayar satu ratus?” kata pegawai polis dalam rakaman berkenaan.
Sejurus kemudian, anggota polis berkenaan dilihat akur selepas berkali-kali dipujuk pemandu agar mengurangkan jumlah suapan kepada RM60.
“Enam puluh boleh ah? Boleh laa boleh laa,” ujar pemandu berkenaan seperti mana kedengaran dalam rakaman tersebut.
Pemandu berkenaan dilihat berjaya menjalankan ‘urusan niaga’ dengan anggota polis terbabit yang di akhir video, kedengaran memberi nasihat “jangan buat lagi” kepada si pemandu.
Susulan tersebarnya video ini, ramai netizen mengecam tindakan penguatkuasa yang tidak amanah ketika menjalankan tugas.
“PDRM tak patut simpan anggota seperti ini dalam unit pasukan kerana ia mencerminkan betapa mudahnya undang-undang dibeli dengan rm60 sahaja! Dalam hal ini kita sebagai pengguna jalan raya juga BERSALAH kerana cuba memberi rasuah! Jangan kita pandang pda kesalahan orang lain.. tapi pandang juga kesalahan diri kita,” tulis Pendekar Tanpa Nama.
“Saya pernah kena macam ni, tahan 2 melayu 2 chinese.. tapi 2 chinese tak tulis saman sebab sanggup bayar… saya dan 2 melayu lagi disaman… sebab kami anggap rasuah tu satu dosa… kami tak sanggup beri lebih baik bayar saman,” komen Ahmad Ismail Bin Man pula. – SUMBER MYNEWSHUB.CC
Anggota Polis 'Dipujuk' Terima Rasuah Dikecam oleh mynewshub
Post a Comment