Tiada Bajet, Kerajaan Tamatkan Kontrak 156 Profesor

Tiada Bajet, Kerajaan Tamatkan Kontrak 156 Profesor

Majlis Profesor Negara (MPN) menjelaskan seramai 156 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan susulan kekangan bajet.

Tiada Bajet, Kerajaan Tamatkan Kontrak 156 Profesor
Tiada Bajet, Kerajaan Tamatkan Kontrak 156 Profesor
Ketua pegawai eksekutifnya Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata sumbangan profesor kontrak sewajarnya dihargai kerana lebih separuh daripada mereka berumur dalam lingkungan 55 tahun.


“Untuk meraih gelaran profesor, seseorang itu memerlukan proses yang panjang kerana mereka perlu diiktiraf menerusi kepakaran masing-masing. Namun begitu, apabila sampai umur 60 tahun, mereka diberhentikan pula.

“Kita minta kerajaan mengutamakan usaha-usaha memartabatkan sektor akademik di negara ini,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! hari ini.

Akhbar itu melaporkan Malaysia mempunyai 2,254 profesor, dengan 1,867 orang berkhidmat di universiti awam.

Putrajaya dilaporkan perlu membelanjakan RM3 juta untuk melahirkan ahli akademik bertaraf profesor.

Raduan berkata pertikaian umur persaraan profesor timbul apabila jawatan mereka disamakan dengan penjawat awam lain.

Katanya, MPN mencadangkan umur persaraan profesor dilanjutkan sehingga 65 tahun selaras amalan antarabangsa.

“Usaha 60 tahun dan ke atas merupakan peringkat usia paling ideal bagi seseorang profesor menjadi produktif dalam menyumbang kepakaran kepada sektor akademik negara.

“Golongan profesor sepatutnya diletakkan bawah satu suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dan bukannya skim Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,” beliau dilaporkan berkata.

via BBerita Online




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post