Pemain Bola Negara Akan Saman "Ola Bola" - Siapa Yg Pernah Tengok Filem Ni, Rupanya Korang Dah DITIPU !

Pemain Bola Negara Akan Saman "Ola Bola" - Siapa Yg Pernah Tengok Filem Ni, Rupanya Korang Dah DITIPU !

Pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow mengugut akan menyaman Ola Bola atas dakwaan filem popular itu menukar fakta.

Pemain Bola Negara Akan Saman "Ola Bola" - Siapa Yg Pernah Tengok Filem Ni, Rupanya Korang Dah DITIPU !
Pemain Bola Negara Akan Saman "Ola Bola" - Siapa Yg Pernah Tengok Filem Ni, Rupanya Korang Dah DITIPU !
Khalid Ali berkata tindakan undang-undang itu akan dibuat terhadap penerbit filem itu, yang mengaut kutipan belasan juta ringgit, selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa bekas pemain.



“Mana boleh fakta sejarah ditular sewenang-wenangnya. Contohnya watak Ali (dalam filem) adalah saya dan dalam filem itu saya menjaringkan gol kemenangan.

“Walhal bukan saya, tetapi James Wong serta kita menang dengan 2-1 bukannya lain daripada itu. Mereka mesti menghormati sejarah dan perlu bertanggungjawab ke atasnya," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Seorang lagi pemain negara zaman itu Hassan Sani juga mendapati beberapa fakta berkenaan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan pada ketika itu telah diubah, lapor Bernama minggu lepas.

Jaringan gol ketika Malaysia menumpaskan Korea Selatan dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 ialah dua gol berbalas satu tetapi dalam Ola Bola keputusannya 3-2.

Tambahnya, pemain yang menjaringkan gol kemenangan memakai jersi nombor 9 dan bukannya pemain jersi nombor 10 seperti dipaparkan dalam filem.

Gol itu dihasilkan melalui rembatan Wong setelah menerima hantaran lintang dari Hassan di kotak penalti Korea Selatan.

Wong juga dilaporkan berkata fakta sejarah pasukan Malaysia tahun itu tidak boleh diubah kerana ia boleh mengelirukan generasi muda.

Sejak ditayangkan pada 28 Januari lalu, Ola Bola dilaporkan mengutip RM12 juta setelah 18 hari tayangan.

Jumlah kutipan filem arahan Chiu Keng Guan yang masih ditayangkan dijangka bertambah. Filem arahannya The Journey mengutip RM17.3 juta pada 2014.





BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post