PANAS!!! ZAHID KANTOI MENIPU 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA TENTANG ISU 2.6B...SEBARKAN
PANAS!!! ZAHID KANTOI MENIPU 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA TENTANG ISU 2.6B...SEBARKAN |
Zahid hamidi ketika baru dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan yakin dan angkuh mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah bertemu dengan penderma 2.6 billion. Dan penderma tersebut bukan seorang individu tapi seorang pemimpin kerajaan.
Dalam kenyataan tersebut juga Zahid menyatakan wang derma tersebut digunakan untuk perkara membabitkan pegangan agama. Zahid memberi gambaran jelas wang tersebut telah digunakan untuk tujuan tersebut.
Kenyataan Zahid ini bermaksud wang tersebut datangnya dari sebuah kerajaan yang mempunyai Kementerian Kewangan yang menyelia kewangan negara tersebut.
Apa yang jelas Najib kantoikan Zahid
1. Zahid tertipu hingga membuat kenyataan bahawa wang tersebut telah di guna untuk tujuan agama wahal wang tersebut telah Najib pulangkan.
2. Bagaimana seorang pemimpin negara memberi sumbangan dengan wang negara tanpa diketahui oleh kementerian Kewangan Negara tersebut.
Baca kenyataan penuh yakin Zahid Hamidi.
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan individu yang menderma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, individu yang dimaksudkan itu bukan merujuk kepada seseorang tetapi adalah pimpinan sebuah kerajaan.
Katanya, derma itu diberikan kerana mempercayai UMNO yang mampu membawa Islam dan menentang mazhab lain selain Sunnah Wal Jamaah.
“Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab perkara tertentu).
“Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain.
“Kenapa perlu dipertikaikan keikhlasan itu? Dan negara itu tidak minta kontrak atau projek daripada kita.
“Patutnya kita berterima kasih kerana negara itu tidak minta apa-apapun.
“Kebolehpercayaan kepada UMNO sebab UMNO boleh membawa Islam, kerana UMNO menentang mazhab-mazhab di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini harus difahami dan kita harus menghargai.
“Kita mempertikaikan seolah-olah kita boleh dan mampu untuk mencari. Dahlah kita tak mencari, kita pertikaikan orang lain yang membuat,” katanya yang dipetik daripada temubual bersama AgendaDaily dan BNBBC.
Zahid berkata, sejak awal isu derma RM2.6 bilion ditimbulkan, beliau konsisten dengan pendiriannya menyakini Perdana Menteri.
Ini kerana, katanya, semua parti politik memperoleh dana politik.
“Seharusnya kita membantu, bukan mempertikaikan. Sudahlah kita tidak membantu, kita mempertikaikan pula orang yang memperolehi dana berkenaan dan mengagihkan untuk memperkuatkan parti,” katanya yang mengakui telahpun menemui wakil penderma itu.
Menurut Zahid, sekalipun isu sudah diperjelaskan oleh Perdana Menteri tetapi kerana ia dipertikaikan maka persepsi itu terus menjadi masalah lebih besar.
“Apabila kebencian itu ditanamkan, maka sebarang realiti dan kebenaran itu tidak diterima lagi.Dan inilah permasalahan yang timbul,”katanya.
via h2m
Post a Comment