Padah minta rasuah tukar ujian positif dadah ke "negatif", 2 sarjan polis ditangkap SPRM

Padah minta rasuah tukar ujian positif dadah ke "negatif", 2 sarjan polis ditangkap SPRM

Padah minta rasuah tukar ujian positif dadah ke ‘negatif’, 2 sarjan polis ditangkap SPRM

Padah minta rasuah tukar ujian positif dadah ke ‘negatif’, 2 sarjan polis ditangkap SPRM

Padah minta rasuah tukar ujian positif dadah ke ‘negatif’, 2 sarjan polis ditangkap SPRM

ANGGOTA SPRM menahan suspek di Temiang.


Dua sarjan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan kerana menerima suapan RM500 bagi menukar sampel kimia berkaitan kes dadah.

Jurucakap SPRM berkata, anggota polis masing-masing berusia 30 dan 28 tahun itu dicekup di di Temiang, di sini, 7.30 malam tadi.

Katanya, suspek pada November tahun lalu menahan buruh binaan berusia 36 tahun yang dipercayai memiliki dadah.

“Suspek meminta RM2,800 daripada lelaki terbabit bagi menukar keputusan ujian Jabatan Kimia daripada positif dadah kepada negatif.

“Bagaimanapun mereka menerima RM500 malam ini dan bakinya dibayar kemudian,” katanya.

Kata jurucakap itu, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini untuk permohonan reman.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.



Sumber: Harian Metro






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post