Nabila Huda Sanggup Tidur Dalam Peti Mayat Sebab MUNAFIK

Nabila Huda Sanggup Tidur Dalam Peti Mayat Sebab MUNAFIK

Nabila Huda Sanggup Tidur Dalam Peti Mayat Sebab MUNAFIK

Nabila Huda Sanggup Tidur Dalam Peti Mayat Sebab MUNAFIK

Nabila Huda Sanggup Tidur Dalam Peti Mayat Sebab MUNAFIK

Pelakon Nabila Huda, 31, menyifatkan watak Maria yang dijayakannya dalam filem Munafik karya terbaharu Syamsul Yusof sebagai naskhah terberat sepanjang pembabitannya di layar perak.

Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu terpaksa masuk ke dalam peti mayat bagi menjayakan babak seram bagi filem itu yang bakal menemui peminat di pawagam bermula 25 Februari ini.

"Bukan mudah untuk menjayakan watak Maria kerana tiada satu pun babak yang memerlukan saya untuk senyum. Saya perlu mendalami jiwa seorang gadis yang disihir dan histeria.

"Sebagai pelakon, saya mengikut arahan pengarah dengan 'berkurung' dalam peti mayat dan mengetepikan segala perasaan takut. Ini adalah kali ketiga saya melakonkan watak yang memerlukan saya berada dalam peti mayat.

"Gembira rasanya apabila penat lelah menjayakan watak Maria mendapat pujian memberangsangkan dari Syamsul sendiri selaku sutradara," katanya.

Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Pekin Ibrahim, Sabrina Ali, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

Kerjasama antara Nabila dan Syamsul bermula sejak filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam sekitar tahun 2009. Nabila mengakui, tidak menghadapi masalah bekerjasama dengan pengarah dan pelakon itu kerana Syamsul memahami tuntutan watak setiap pelakon.

"Saya juga menghormati setiap permintaannya ketika di lokasi penggambaran. Komunikasi yang baik antara pengarah dan pelakon membuatkan saya yakin Munafik akan mencipta kejayaan apabila ditayangkan nanti," katanya.





BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post