Ramai lelaki meletakkan dompet di belakang seluar. Mereka kurang sedar bahawa amalan itu sebenarnya telah mendatangkan bahaya.
MOHON SEBARKAN ! Ramai Tak Tahu ! Inilah Padahnya Letak Dompet Di Poket Belakang Seluar ! |
Kes ini pernah disebut di dalam "The New England Journal of Medicine" pada tahun 1966. Pada waktu ini, trend kad kredit semakin berleluasa.
Artikel tersebut menyatakan mengenai seorang peguam yang mengalami sakit kaki kiri dan bermula dari kawasan yang tidak jauh dari kedudukan dompet beliau.
Walaupun mempunyai dompet yang tebal boleh menyebabkan sakit tulang belakang dan sakit kaki, tetapi ia bukanlah sesuatu yang lazim dan merbahaya.
Ada banyak penyebab sakit belakang seperti "Herniated Disc", spinal stenosis, ketumbuhan tulang belakang.
Di dalam kes dompet penyebab sakit belakang, ia dipanggil "Piriformis Syndrome". Otot Piriformis adalah satu otot yang terdapat di bahagian dalam punggung kita.
Apabila kita duduk terlalu lama dan dompet terkena atau menekan otot Piriformis, ini akan "spasm" dan menekan saraf sciatic.
Apabila saraf sciatic ini ditekan, ia menyebabkan kita berasa sakit belakang dan menurun ke belakang kaki. Masalah ini akan hilang jika kita tidak meletakkan objek besar di kocek belakang seperti dompet, bola golf dan sapu tangan.
Jika sakit masih berterusan walaupun anda sudah tidak meletakkan apa-apa objek di kocek belakang serta anda sudah makan ubat tahan sakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana mungkin ada penyebab lain.
Post a Comment